Tajuk: Sains Kimia Dalam Islam

PENDAHULUAN
Perkataan “alkimia” diambil daripada bahasa arab dan diubah ke dalam bahasa inggeris dengan pangilan “alchemy. Kini ianya ditakrifkan sebagai “bidang ilmu yang berkenaan dengan penukaran barang zahir-bahan kimia berbentuk gas, cecair atau pepejal. Tindak balas kimia boleh berlaku melalui proses penceraian ataupun pencernaan. Ilmu kimia kini telah berkembang begitu pesat. Barat mampu mengembangkan ilmu tersebut umtuk meraih berbagai kemajuan. 

Pada mulanya ilmu kimia dirintis oleh sarjana Islam dalam bidang tersebut, seperti Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan. Di negeri barat lebih akrab dipangil dengan sebutan Ibnu Geber yang merupakan tokoh kimia Islam. 

Biodata Jabir Ibnu Hayyan

Beliau ialah Abu Al Asadi Al Tusi dan dikenali juga dengan gelaran Al Harani. Lahir dan wafat di Kufah, Iraq. Merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua. Beliau hidup di zaman Khalifah Harun Al Rasyid beliau digelar Bapa Kimia Dunia, mahaguru kimia Arab dan Bapa Kimia. Bidang kimia yang di pelopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke-8 dengan kemunculan Jabir Ibnu Hayyan. Beliau menghasilkan banyak penulisan yang kemudiannya ditambah lagi oleh penuntut-penuntutnya yang menulis mengikut doktrin Jabir. Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai “Korpus Jabir”. Menyumbang kepada proses menyediakan pelapisan bahan antiair pada pakaian serta campuran bahan cat dan gris. Beliau mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia. Idea eksperimen Jabir sekarang menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur kimia terutama pada bahan logam, bukan logam, dan penghuraian bahan kimia. 

Mengemukakan Kaedah Percubaan Sains

Antaranya kaedah sejatan, penyulingan, pemejawapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan turutan. Jabir orang pertama yang mencipta asid galian seperti HN03, H2SO4 dan lain-lain. Beliau telah dapat menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin. 

Karya Beliau

Jabir cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah dan diabadikan sehingga kini. Ada 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia. 

Kitab Al-Sab”een

Kitab ini telah diterjemahkan oleh Gerrad dari Cremona sementara Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau antgaranya dikenali dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances dan Book of Eastern Mercury. Pada 1678, seseorang berbangsa inggeris iaitu Richard Russel mengalih bahasakan karya Jabir yang lain dengan judul Sum of Perfection. Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richard adalah yang pertama kali menyebut Jabir dengan sebutan Geber dan memuji ilmuan itu sebagai seorang pendeta Arab dan ahli falsafah. Buku Richard kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad lamanya dan telah memberi impak serta pengaruh besar kepada evolusi ilmu kimia moden. 

Muhammad Abu Zakariyya al-Razi

Beliau menghasilkan “kitab al-Asrar” dan “kitab Sirr al-Asrar” serta “al-Madkhal al-Thalim” yang masih digunakan oleh para ahli kimia terkemuka kerana al-Razi masih mengekalkan bahasa simbol kimia di dalam penulisannya. 

Sumbangan Terpenting al-Razi

Pengkelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Beliau juga memberikan penerangan yang lebih teliti tentang proses pemejawapan penyulingan, penghabluran, penurasan dan sebagainya. Al-Razi juga menerangkan berbagai alat radas pegujian kimia seperti bikar, kelalang, lampu nafta, relau pelebur, dan berbagai lagi. 

Al-Kindi

Abu Yusuf Yaqub ibnu Ishak al-Khindi. Al-Khindi dilahirkan di kufa sekitar tahun 800 masehi. Dalam bahasa latin, al-Khindi dikenali sebagai Alkindus. Beliau sebenarnya seorang yang mempunyai kepakaran dalam banyak bidang meliputi falsafah, matematik, perubatan, astronomi, fizik, ahli geografi dan juga muzik. Dalam bidang fizik pula, beliau memberikan sumbangan yang besar dan menulis buku dalam bidang optik geometrical. Membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi. Dalam bukunya berkenaan kimia pewangi dan penyulingan, al-Kindi menerangkan proses-proses pengeluaran pewangi tiruan. 

Abbas Ibnu Fimas

Beliau telah memperkenalkan teknik membuat kaca, dan lain-lain. 

Utarid Ibnu Muhammad al-Hasib

Beliau pula menyusun kitab “manafi al-Ahjar” yang membicara berkenaan dengan sifat-sifat logam. 

Al-Hassan
• Al-Hassan seorang ahli sejarah teknologi Islam telah mencadangkan bahawa penyulingan merupakan sumbangan ahli teknologi Islam yang amat penting kepada perkembangan teknologi kimia moden. 

Melalui penyulinganlah, ahli kimia Islam telah berjaya mengasingkan al¬'atr atau minyak pati daripada bunga dan tumbuhan. Al-'atr atau lebih dikenali sebagai minyak atar merupakan bahan yang digemari oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. dan disunatkan memakainya ketika hendak menunaikan solat. Ahli teknologi kimia Islam telah buat pertama kalinya menggunakan penyuling untuk memisahkan minyak mentah dari Baku kepada naft putih (pecahan ringan) dan naft hitam (pecahan berat). Selain itu, perkataan alkohol itu jelas merupakan perkataan Arab al-kuhul yang ditukarkan kepada bahasa Inggeris. Proses menghasilkan al-kuhul dan sifat-sifatnya telah diperihalkan secara terperinci oleh ahli kimia Islam al-Kindi dalam Kitab Kimiya al-'ltr wa al¬Tas'idat. 

Ibnu Sina
• Menurutnya suhu, makanan, minuman, bahan buangan, udara, boleh menjejaskan kesihatan badan dapat dikaitkan dengan kimia. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Ibnu Sina digelar al-Syeikh al-Ra’is iaitu guru para raja. Dalam bidang kedoktoran, beliau digelar “pangeran para doktor” dan “raja ubat”. Dalam dunia Islam beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran. Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang ditulis beliau, semuanya tidak kurang 200 buah, kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Salah satu karya terbesar Ibnu Sina ialah al-Qanun Fii al-Tibb (peraturan kedoktoran. Di Eropah dan China buku ini sudah lama menjadi rujukan kedoktoran. Al-Qanun Fii al-Tibb diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti Franfurt di Jerman, Universiti Paris di Perancis, dan Universiti Oxford di England. Sewaktu Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" di Kawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb. 

Sumbangan Ibnu Sina

Ibnu Sina banyak menyumbang dalam tamadun Islam terutamanya dalam bidang perubatan. Kebijaksaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam perubatan iaitu pertama, penemuan penyakit baru serta puncanya. Antara penemuan penyakit yang dikaji oleh Ibnu Sina ialah pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti Tibi (TB), dan penyakit seperti rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan sebagainya. Kedua, Ibnu Sina mengkaji dalam bidang farmasi dan beliau dapat menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Selain itu, beliau juga menemui untuk ubat bius. Ketiga, Ibnu Sina membangunkan teknologi perubatan dengan mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan dan mencipta picagari dan lain-lain. Ibnu Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. 

Ibnu Jazzar

Nama lengkapnya ialah Abu Ja”far Ahmad bin Ibrahim bin Abu Khalid Ibnu al-Jazzar. Ia diketahui meninggal dalam usia lanjut sekitar tahun 395 Hijrah/1004 Masihi, sedang tarikh lahirnya tidak diketahui. Di Qayrawan, namanya terkenal sebagai pakar ilmu kedoktoran. Di bidang kedoktoran ia menulis tentang pengubatan, pengaturan makan dan kedoktoran dalam tubuh. Ibnu Jazzar adalah murid terpandai dari seorang tokoh ternama Ishaq bin Sulayman al-Ismaili. Di samping itu ia dikenali sebagai seorang dermawan dengan gaya hidup yang disiplin, hermat dan cermat. Ilmu yang diperolehnya tidak hanya diperuntukkan buat kalangan elit, tapi juga untuk mereka yang tergolong fakir miskin. Sejumlah karyanya di bidang kedoktoran yang berjumlah sekitar 20 judul telah banyak yang hilang, dan hanya tinggal sedikit yang menjadi sisa dan baki dapat ditemukan. Karyanya yang lain meliputi pelbagai bidang disiplin ilmu, antara lain mencakup bidang falsafah, sejarah, biografi dan geografi. 

Rujukan
1. Dr. Muhammad Hanafi (2010) Ilmuan Islam, Power Press And Design (M) Sdn Bhd. Kuala Lumpur, Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd. H 491. 
2. Dr. Danial Zainal Abidin (2011) Quran Saintifik, Meneroka Kecermelangan Quran Daripada Teropong Sains, Bs Print (M) Sdn Bhd. Kuala Lumpur, Pts Millenna Sdn Bhd H 318. 


Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
Tel: 04-988-2701, 013-400-6206
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com