Tajuk: Nabi Isa As Akan Kembali

Pengenalan
Sebagaimana nabi-nabi lain, Nabi Isa AS jua merupakan hamba Allah yang diutuskan kepada manusia untuk menyeru kepada jalan yang benar.

Tetapi, yang membezakannya daripada nab-nabi yang lain ialah baginda telah diangkat kepada Allah dan akan kembali semula ke bumi.

Kepercayaan Golongan Yahudi dan Nasrani
Pada masa kini masih ramai masyarakat selain Islam yang beranggapan bahawa Nabi Isa AS telah wafat beribu-ribu tahun yang lalu dan tidak mungkin akan kembali.

Kebenaran Al-Quran Menyangkal Pembohongan Manusia Yang melampaui batas
Al-Quran memaklumkan kepada kita bahawa Nabi Isa AS tidak disalib dan tidak dibunuh, tetapi Allah telah menggangkatnya kepadaNya. Tidak satu ayat pun yang menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Kita juga mengetahui bahawa kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi dahulu banyak diselewengkan dan hanya Al-Quran sahaja yang masih kekal dan tanpa diubah sejak diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam.

Agama Di Sisi Allah Adalah Islam
Sepanjang sejarah, Allah telah mengutus para rasul-rasul-Nya kepada umat manusia dan menyeru manusia ke jalan yang benar.

Tetapi hari ini, terdapat satu kepercyaan yang berkembang luas yang mengatakan bahawa setiap para-para rasul itu membawa agama yang berbeza. Ini merupakan satu penyelewengan yang nyata.

Agama yang diwahyukan Allah kepada umat manusia pada zaman yang berbeza adalah agama yang sama iaitu Islam malah prinsipnya juga tidak ada perbezaan besar.

Ayat yang menceritakan perkara ini adalah seperti berikut.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan Ismail, dan Ishaq, dan Ya’qub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka dan kepada Allah jualah kami berserah diri(Islam).

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (surah Ali Imran:84-85) “…Dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu” (Surah Al-Maidah:3)

Orang Yang Berada Di Dalam Kesusahan Memohon Seorang Penyelamat
Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyirik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihak Mu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihak Mu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)” (Surah An-Nisa :75)

Apabila membaca Al-Quran, kita akan menemui satu fakta: sebelum seorang rasul datang kepada satu kaum, selalunya masyarakat tersebut telah pun runtuh akhlaknya. Apabila seorang rasul datang kepada satu kaum, mereka yang mengikutinya akan mencapai kehidupan yang penuh kebahagiaan, kedamaian, dan kemakmuran di dalam perjuangan merka yang mulia untuk mendapat keredhaan Allah.

Nabi Isa AS, Putra Maryam AS, Di Dalam Al-Quran
Nabi Isa AS yang telah hidup 2000 tahun dahulu, adalah seorang rasul yang di rahmati Allah. Dia mempunyai kedudukan yang tinggi di dunia dan di akhirat, sebagimana yang dimaklumkan oleh Al-Quran.

Agama yang dibawanya kekal sehingga sekarang, walau oun hanya tinggal nama. Kerana ajaran asal yang disampaikan oleh Nabi Isa AS telah diselewengkan hari ini. Kitab yang Allah turunkan kepadanya, juga tinggal nama semata-mata. Hari ini teks-teks asal kitab tersebut sudah tidak adASumber-sumber Kristian telah melalui banyak pengubahsuaian dan penyelewengan. Kesanya, kini kita tidak boleh lagi mendapat maklumat-maklumat yang tepat berkaitan dengan Nabi Isa AS daripada sumber-sumber Kristian.

Hanya terdapat dua sumber yang boleh memberikan kita maklumat yang tepat tentang Nabi Isa AS, iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam.

Kelahiran Maryam AS Dan Bagaimana Dia Dibesarkan.
Maryam, yang telah terpilih untuk melahirkan Nabi Isa AS, telah dilahirkan di zaman yang kucar kacir, di mana Bani Israel meletakkan seluruh harapan mereka kepada kedatangan seorang penyelamat.

Maryam berasal daripada sebuah keluarga yang mulia, keluarga ‘Imran. Allah telah melebihkan keluarga ini daripada seluruh umat manusiASeluruh anggota keluarga ‘Imran dikenali sebagai mereka yang beriman teguh kepada Allah.

FirmanNya: (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: “Tuhan ku! Sesungguhnya aku nazarkan kepada Mu anak yang ada dalam kandugan ku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepada Mu semata-mata, maka terimalah nazar ku; sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui. ” (Surah Ali Imran:35)

Nabi Zakaria AS telah menjadi penjaganya dan selama Maryam berada bersamanya, Nabi Zakaria menyedari bahawa dia telah dianugerahkan dengan sifat yang luar biasa. Tambahan pula, Allah telah memberikannya berbagai nikmat. “dengan tidak dikira. ”… Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki( buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Maryam dari mana engkau dapti (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira” (Surah Ali ‘Imran:37)

Allah telah menyucikan Maryam dengan dan melebihkannya daripada seluruh manusia lain.  Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilih mu, dan menyucikan mu, dan telah memilih mu (beroleh kemuliaan)melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman dengan mu). “Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhan mu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang yang rukuk”. (Surah Ali ‘Imran: 42-43)

Di dalam masyarakat, Maryam menjadi seorang yang dikenali kerana kesetiaan dan keikhlasan yang ditunjukkannya kepada Allah. Lebih-lebih lagi, dia dikenali sebagai seorang wanita “yang memilihara kehormatan dan kesuciannya. ”

Dan juga (satu missal perbandingan lagi, iaitu: Maryam binti Imran (ibu Nabi ‘Isa seorang perempuan) yang telah memilihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka kami perintahkan Jibrail meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitab-Nya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat. (Surah At-Tahriim:12)

Nabi ‘Isa AS Dilahirkan Tanpa Ayah
Salah satu mukjizat Nabi ‘Isa AS yang paling hebat ialah bagaimana bondanya, Maryam hamil. Al-Quran telah memberikan perincian-perincian yang amat banyak di dalam subjek ini. Keadaan bagaimana Jibrail AS muncul kepadanya digambarkan seperti berikut di dalam surah Maryam: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindugi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. (Surah Maryam :16-17).

Perkataan-perkataan pertama yang diaturkannya apabila ia melihat Jibrail ialah: Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertakwa. (Surah Maryam:18)

Maryam berlindung di bawah lindungan Allah Subhanahu wa ta’ala dan ia bertanya kepadanya, "Apakah engkau manusia yang mengenal Allah Subhanahu wa ta’ala dan bertakwa kepadanya?" Kemudian orang itu tersenyum dan berkata: "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci. " (Surah Maryam: 19)

"Maryam berkata: Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang penzina!" (Surah Maryam: 20) Jibril berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman: 'Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan. " (Surah Maryam: 21)

Biasanya manusia diciptakan melalui pasangan laki-laki dan perempuan; biasanya ia memiliki ayah dan ibu, tetapi mukjizat terjadi ketika Allah Subhanahu wa ta’ala menginginkannya untuk terjadi. Kemudian Jibril meneruskan pembicaraannya: "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) dari- Nya, namanya al-Masih Isa putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah), dan dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa, dan dia termasuk di antara orang-orang yang soleh. (Surah Ali 'Imran: 45-46)

Nabi Isa AS Adalah Kalimah Allah
Di dalam Al-Quran Allah telah menegaskan kepada kita bahawa, sejak dari keputeraan sehingga keawafatan, Nabi Isa AS sangat berbeza daripada manusia lain di bumi ini. Kelahiran Nabi Isa AS Lalu berlalulah hari demi hari. Kandungan Maryam berbeza dengan kandungan umumnya wanita. Ia tidak merasakan sakit dan tidak merasa berat; ia tidak merasakan sesuatu telah bertambah padanya dan perutnya tidak membuncit seperti umumnya wanita. Hasil, kehamilan yang dialaminya dipenuhi dengan nikmat yang baik. Maryam keluar ke suatu tempat yang jauh. Ia merasa bahawa sesuatu akan terjadi hari itu. Tetapi ia tidak mengetahui hakikat sesuatu itu. Kakinya membimbingnya untuk menuju tempat yang dipenuhi dengan pohon kurma. Tempat itu tidak biasa dikunjungi oleh seseorang pun kerana saking jauhnya; tempat yang tidak diketahui oleh seseorang pun kecuali Maryam. Maryam mulai merasakan sakit pada dirinya, dan rasa sakit tersebut semakin terasa. Akhirnya, Maryam melahirkan

"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: 'Aduhai alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan. " (Surah Maryam: 23)

Maryam berfikir bagaimana reaksi manusia kepadanya dan bagaimana perkataan mereka terhadapnya sehingga hatinya dipenuhi dengan kesedihan. Belum lama Maryam membayangkan dan meminta agar ia dimatikan dan dilupakan, tiba-tiba anak yang baru lahir itu memanggilnya: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan mengugurkan buah kurma yang masak kepadamu makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: 'Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini. ' (Surah Maryam: 24-26)

Akhirnya, masa pengasingan Maryam telah berakhir dan Maryam harus kembali ke kaumnya. Manusia melihatnya membawa seorang anak kecil yang didakapnyASalah seorang bertanya: "Bukankah ini Maryam yang masih perawan? Lalu, anak siapa yang dibawanya itu? "Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina. " (Surah Maryam: 28)

Para pembesar Yahudi bertanya: "Bagaimana mereka akan melontarkan pertanyaan kepada seorang anak kecil yang baru lahir beberapa hari? Apakah anak itu akan berbicara di buaiannya" Mereka berkata kepada Maryam: "Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih dalam ayunan?" (Surah Maryam: 29)

Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku al-Kitab (injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi. Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikanku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali. (Surah Maryam: 30-33)

Mereka menyaksikan mukjizat terjadi di depan mereka secara langsung. Anak kecil itu berbicara di buaiannya; anak kecil yang datang tanpa seorang ayah; anak kecil yang mengatakan bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala telah memberinya al-Kitab dan menjadikannya seorang Nabi. Mukjizat Nabi Isa AS

Nabi Isa AS juga telah mempamerkan banyak mukjizat, dengan izin Allah, selain daripada kelahirannya daripada seorang gadis suci dan pengumumannya sebagai seorang rasul ketika dia masih bayi di dalam buaian. "(Ingatlah), ketika Allah mengatakan: 'Hai Isa putera Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan roh kudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat, dan Injil, dan (ingatlah pula) di waktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup padanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah), waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan- keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir di antara mereka berkata: 'Ini tidak lain hanya sihir yang nyata. ' Dan (ingatlah), ketika Aku ilhamkan kepada pengikut Isa yang setia: 'Berimanlah kepada-Ku dan kepada rasul-Ku. ' Mereka menjawab: 'Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahawa sesungguhnya kami adalah orang- orang yang patuh (kepada seruanmu). '" (Surah al-Maidah: 110-111)

Di dalam Al-Quran mukjizat Nabi Isa AS digambarkan seperti berikut: Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israel, (dengan menegaskan kepada mereka): “sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup)dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda(mukjizat)bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang mahu beriman. (Surah Ali’Imran:49)

Walau pun semasa peristiwa aneh yang telah digambarkan setakat ini, masih ada mereka yang dengan bongkaknya menolak mukjizat-mukjizat Nabi Isa AS ini dan mengatakan bahawa ia adalah sihir. Nabi Isa AS Menyampaikan Dakwah dan Beberapa Kesulitan Yang Dihadapinya.

Ketika Nabi Isa AS diutus, Bani Israel berada di dalam krisis politik dan ekonomi yang kritikal. Di satu segi, berlaku kekejaman terhadap masyarakat dan di satu segi pula, percanggahan kepercayaan dan mazhab menjadikan kehidupan mereka bertambah sukar. Di dalam keadaan ini, masyarakat sangat memerlukan jalan keluar.

Penyelamat yang telah sekian lama mereka nantikan itu ialah Nabi Isa AS dengan. Dengan kehendak Allah, Nabi Isa AS telah berkata-kata ketika berada di dalam buaian dan ini memberi petanda kepada kaumnya bahawa penyelamat yang mereka tunggu-tunggu itu telah tiba.

Namun begitu, masih terdapat mereka yang tidak mahu menerima Nabi Isa AS. Terutamanya, mereka yang menyokong sistem kufar yang ada pada ketika itu, mereka hanya mengangapnya sebagai satu ancaman kepada kewujudan mereka.

Tetapi malangnya, rancangan-rancangan mereka menemui kegagalan sejak dari awal lagi. Tetapi, keadaan ini tidak menghentikan mereka daripada memusuhi Nabi Isa AS dalam menjalankan misinya.

Mereka yang menentangnya tidak hanya terhad kepada orang-orang kafir sahaja. Pada ketika itu, kerana berbagai sebab, sebahagian besar pendeta Yahudi turut menentang Nabi Isa AS kerana beranggapan bahawa dia akan menghancurkan agama mereka.

Sebenarnya, apa yang dilakukan Nabi Isa AS ialah menyeru manusia ke jalan yang sebenar, dan menghapuskan peraturan-peraturan yang sesat yang telah perkenalkan ke dalam agama Yahudi oleh para pendeta. Kaum Bani Israel telah menyeleweng agama mereka dengan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh wahyu sebenar dan menghalalkan apa yang diharamkan.

Dengan cara ini, mereka telah mengubah keseluruhan agama sebenar yang Allah turunkan. Ekoran daripada itu, Allah telah menggutuskan Nabi Isa AS untuk membersihkan agama yang sebenar ini daripada segala bidaah yang memasukinya.

Nabi Isa AS menyeru kaumnya mengikut kitab Injil, yang mengesahkan kitab Taurat sebenar yang diturunkan kepada Nabi Musa AS Al-Quran mencatatkan perkara ini seperti berikut: “Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripada ku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepada ku. (Surah Ali’Imran:50)

Di dalam ayat lain Allah memberitahu kita bahawa kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS adalah satu panduan kepada jalan yang lurus untuk orang-orang beriman dan untuk membantu mereka membezakan yang baik dan yang jahat. Ia juga adalah sebuah kitab yang mengesahkan kitab taurat: Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israel), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambal mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi pertunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. (Surah Al-Maidah:46)

Pembesar-pembesar Bani Israel, yang lebih mementingkan peraturan-peraturan yang telah menjadi tradisi, meragui apa yang dibawa oleh Nabi Isa AS. Nabi Isa AS tidak menekankan peraturan-peraturan tradisi tetapi sebaliknya menyeru manusia menyembah Allah, penolakan kepada dunia, keikhlasan, persaudaraan dan kejujuran. Berhadapan dengan fahaman agama yang berbeza, orang-orang yahudi kecewa dengan apa yang diseuru oleh Nabi Isa AS.

Didalam Al-Quran, Allah menceritakan bagaimana Nabi Isa AS menyampaikan arahan-arahan Allah: Dan ketika Nabi Isa AS datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepada ku. “Sesungguhnya Allah ialah Tuhan ku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus”. Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesame sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan. (Surah Az-Zukruf:63-65)

Keikhlasan dan perilaku Nabi Isa AS yang berbeza telah menarik perhatian ramai. Jumlah pengikutnya telah bertambah dengan pesat sekali.

Orang-orang Yahudi Mendakwa Mereka Telah Membunuh Nabi Isa AS Sudah tentu ramai orang telah sedia maklum dengan dakwaan bahawa orang-orang Rom telah menyalib Nabi Isa AS. Mengikut dakwaan ini orang-orang Rom dan pendeta-pendeta Yahudi telah menawan Nabi Isa AS dan menyalibnya.

Dunia Kristian berpegang kepada kepercayaan bahawa Nabi Isa AS telah wafat tetapi kemudian hidup kembali dan naik ke langit.
Apabila kita merujuk kepada Al-Quran, kita mendapati bahawa apa yang sebenarnya terjadi tidak seperti kepercayaan manusia. Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahan mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang-salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. (Surah An-Nisa:157)

Di dalam ayat yang sama, maklumat yang disebutkan adalah tentang naiknya Nabi Isa AS: Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepada-Nya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah An-Nisa: 158)

Bagaimana Kewafatan Nabi-nabi Diceritakan Di Dalam Al-Quran.
Mengkaji kisah-kisah di dalam Al-Quran yang menceritakan bagaimana nabi-nabi wafat, dan ayat-ayat yang menceritakan kewafatan Nabi Isa AS mendedahkan kepada kita satu fakta penting tentang kematian.
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! SesungguhnyaAku akan mengambil mu(mutawaffeka) dengan sempurna, dan akan mengangkat mu(roofa’uka) ke sisi-Ku, dan akan membersihkan mu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikut mu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepada mu), hingga ke hari kiamat… (Surah Ali’Imran:55)

Tawaffa: Menyebabkan Kematian, Menidurkan Atau Mengambil Semula.
Perkataan tawaffa sebagaimana yang digunakan di dalam ayat ini mempunyai makna yang berbeza daripada hanya “kematian” di dalam Bahasa Melayu. Satu kajian tentang persamaan perkataan-perkataan Arab di dalam ayat-ayat, menunjukkan bahawa Nabi Isa AS tidak wafat dengan erti kata yang sebenar.

Qotala: Membunuh
Perkataan yang digunakan secara umumnya untuk “membunuh” di dalam Al-Quran ialah perkataan Arab Qotala Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): “Biarkanlah aku membunh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhanya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agama kamu, atau ia menimbulkan kerosakan di muka bumi”. (Surah Al-Ghaafir :26)

Ungkapan “Biarkanlah aku membunuh Musa” di dalam ayat ini disebut di dalam Bahasa Arab sebagai “aqtul musa”

Halaka: Binasa
Kata kerja lain yang digunakan dengan makna “binasa” di dalam Al-Quran ialah halaka dengan makna “membinasakan, memusnahkan, mati. ” Contoh Surah Al-Ghaafir Ayat 34 …sehingga apabila dia mati, kamu berkata: Allah tidak akan mengutuskan lagi Rasul sesudahnya…

Solaba: Menyalib
Perkataan yang digunakan di dalam Al-Quran apabila memperkatakan tentang kewafatan para nabi dan yang lain ialah kata kerja solaba (menyalibnya). Kata kerja ini bermaksud “menyalib, menggantung, dan menjatuhkan hukuman bunuh. ” …padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya (wa ma solabuuhu)(di kayu palang-salib)… (Surah An-Nisa : 157) “Wahai sahabat ku berdua yang sepenjara! (Takbir Mimpi kamu itu ialah): adapun salah seorang dari kamu, maka ia akan memberi minum arak kepada tuannya. Ada pun yang seorang lagi, maka ia akan disalib (yuslabu), serta burung pula akan makan dari kepalanya… (Surah Yuusauf : 41)

Kesimpulannya, kita boleh katakana bahawa Nabi Isa AS telah berada pada satu tahap yang istimewa, diangkat ke pangkuan Allah. Apa yang dialaminya sebenarnya bukannya kematian yang biasa kita fahami, tetapi hanya perlepasan daripada dimensi ini. Sudah tentu Allah Yang Maha Mengetahui.

Kembalinya Nabi Isa AS Ke Bumi.
Surah Ali’Imran ayat 55 adalah bukti yang menunjukkan bahawa Nabi Isa AS akan kembali. (Ingatlah)ketika Allah berfirman: “Wahai ‘Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambil kamu dengan sempurna, dan akan mengangkat mu ke sisi-ku, dan akan membersihkan mu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikut mu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepada mu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan”. (Surah Ali’Imran: 55)

Nabi dan Rassullah terakhir, Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam, juga telah memberikan khabar gembira tentang kedatangan Nabi Isa AS. Ulama hadis menyatakan bahawa hadis-hadis berkaitan subjek ini, Rassullah Sallallahu ‘alaih wa sallam menyatakan bahawa Nabi Isa AS akan turun di tengah-tengah manusia sebagai seorang pemimpin sebelum datangnya Hari Kiamat, adalah berstatus mutawatir. Contohnya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. a katanya: Rasullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda: Demi Allah! Sesungguhnya telah hampir masanya Nabi Isa bin Maryam turun kepada kamu untuk menjadi hakim secara adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi serta tidak menerima cukai dan harta akan melimpah, sehinggalah tidak ada seorang pun yang ingin menerimnya Jabir bin Abdullah berkata, “Saya mendengar Rasullah bersabda,

“Umat ku tidak akan berhenti berperang untuk membela kebenaran sehingga ke Hari Kiamat. ” Seterusnya Rasullah bersabda, “Kemudian turunlah Nabi Isa AS dan pemimpin mereka akan berkata, “Mari dan pimpinlah kami di dalam sembahyang. ” Tetapi dia berkata, “Tidak! Sebahagian kamu adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain, sebagai penghormatan Allah terhadap umat ini. ” (Hadis Riwayat Muslim)

Ayat ini Allah telah menyatakan di dalam surah An-Nisa : 159 Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepadanya sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka. (Surah An-Nisa: 159)

Dan ketika (Nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu missal perandingan, (untuk membantah mu wahai Muhammad), tiba-tiba kaum mu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang). Dan mereka berkata lagi: “Manakah yang lebih baik, benda-benda yang kami sembah atau ‘Isa?” Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepada mu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan. Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan kami yang menajubkan) bagi kaum Bani Israel.

Dan kalaulah kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan daripada kamu (wahai kaum lelaki): malaikat menganti kamu (menjalankan urusan) di muka bumi. (Surah Az-Zukhruf :57-60) Sebaik sahaja selepas ayat-ayat ini, Allah mengisytiharkan bahawa Nabi Isa AS adalah petanda datangnya Hari Kiamat

Dan sesungguhnya Nabi ‘Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka jaganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus. (Surah Az-Zukhruf : 61)

Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.
(Surah Az-Zukhruf: 61)

Ibnu Juzayy menyatakan bahawa pengertian pertama ayat ini ialah Nabi Isa AS adalah alamat atau syarat berlakunya Hari Kiamat.

Muhammad Hamdi Yazir memberi penjelasan berikut:
Kenyataan di dalam ayat, “Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat” adalah petanda bahawa Hari Kiamat akan datang dan orang mati akan dihidupkan semula lalu bangkit. Nabi Isa AS, dengan kepulangannya ke bumi dan mukjizatnya menghidupkan orang mati dan juga dengan ramalannya tentang kebangkitan orang mati adalah tanda datangnya Hari Kiamat. Diriwayatkan di dalam hadis bahawa dia adalah petanda datangnya Hari Kiamat.

Di dalam kitab Sahih Muslim, terdapat banyak hadis yang menyatakan bahawa Nabi Isa AS akan turun semula di tengah-tengah manusia di akhir zaman, telah mencapai ke tahap mutawatir.

Huzaifah bin Usaid Al-Ghifari berkata, “Rasullah Sallallahu ‘alaih wa sallam tiba-tiba menghampiri kami ketika kami sedang rancak berbincang tentang suatu perkara. Baginda berkata: “Apa yang kamu sedang bincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang membincangkan tentang hari kiamat. ” Lalu baginda bersabda: “Hari Kiamat itu tidak akan datang sehingga kamu melihat sepuluh tanda sebelumnya”-kemudian baginda menyebut asap, Dajjal, haiwan yang melata, timbulnya matahari di sebelah barat, turunya Nabi Isa AS, putera Maryam, Ya’juj dan Ma’juj, tanah runtuh di tiga tempat, di timur, barat dan di tanah Arab, di mana akhirnya api akan marak dari Yaman, dan mengheret manusia ke tempat perhimpunan mereka. ” (Sahih Muslim)

Bukti lain tentang kembalinya Nabi Isa AS ke bumi terdapat di dalam ayat 110 surah Al-Maaidah dan ayat 46 surah Ali ‘Imran dalam bentuk perkataan kahlan. Ayat tersebut berbunyi: (Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmat-Ku kepada mu dan kepada mu dan kepada ibu mu, ketika Aku menguatkan mu dengan Ruhul-Qudus (Jibrail), Iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa (kahlan) (Surah Al-Maaidah:110)

Perkataan ini hanya muncul di dalam dua ayat ini dan ia hanya merujuk kepada Nabi Isa AS. Maksud perkataan kahlan yang digunakan untuk merujuk zaman Nabi Isa kedewasaan Nabi Isa AS adalah sekitar usia 30 dan 50 tahun, seorang yang tidak lagi muda dan telah mencapai umur yang matang. Para ulama bersetuju menterjemahkan perkataan ini kepada satu jangka masa selepas 35 tahun.

Berdasarkan kepada hadis yan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi Isa AS telah diangkat ke langit seawall usia 30an, dan akan berusia 40 tahun apabila kembali.

Para ulama berpendapat usia tua Nabi Isa AS hanya akan dialaminya apabila kembali semula ke bumi. (Muhammed Khalil Herras, Fasl al-maqal fi raf’I ‘Isa hayyan wa nuzulihi wa qatlihi’d-Dajjal, Makatabat as-Sunnah, Cairo, 1990, m. s 20)

Semua Nabi mengajak dan menyeru manusia ke jalan yang lurus. Mereka menyampaikan risalah mereka ketika telah dewasa.

Tetapi tidak ada Kenyataan di dalam Al-Quran tentang nabi-nabi lain. Kenyataan ini hanya digunakan untuk merujuk kepada Nabi Isa AS dan keadaannya yang menajubkan. Ini kerana perkataan “di dalam buaian” dan “ apabila telah dewasa” yang disebut berturutan di dalam ayat-ayat ini menegaskan tentang dua zaman yang ajaib.

Di dalam karyanya The Commentary of At-Tabari, Imam At-Tabari memberikan penjelasan berikut tentang ayat-ayat ini: Kenyataan (di dalam ayat 110 surah Al-Maaidah) menunjukkan bahawa untuk menyempurnakan hayatnya dan bercakap kepada manusia apabila telah dewasa, Nabi ‘Isa AS akan turun dari langit. Kerana dia telah diangkat ke langit ketika masih muda. Di dalam ayat 46 surah Ali’Imran terdapat bukti Nabi Isa AS masih hidup, dan Ahli Sunnah berkongsi pandangan ini. Kerana di dalam ayat ini dinyatakan bahawa dia akan bercakap kepada manusia apabila telah benar-benar dewasa. Dia hanya akan benar-benar dewasa setelah kembali semula ke bumi dari langit. (Imam at-Tabari, The Commentary of at-Tabari, Jil. 2, m. s 528, Jil. 1, m. s 247).

Kesimpulan.
Seperti yang kita ketahui bahawa Nabi Isa AS masih hidup dan akan kembali ke bumi semasa akhir zaman dan pada ketika itu dunia hampir kiamat.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com