Tajuk: Larangan Bersifat Marah Dalam Islam

PENGERTIAN 
Marah itu adalah satu perubahan sikap yang terhasil ketika menggelegaknya darah di dalam hati untuk menhasilkan kelegaan dalam dada. Demikian pendapat AL-Jurjani, marah juga memberi erti, menghendaki kemudharatan kepada orang yang dimarahi. Maka lawan marah itu ialah redhASesungguhnya Allah menciptakan sifat marah iru dari api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat manusia. Apabila terhalang salah satu hajat atau maksud seseorang, nescaya menyalalah api kemarahannya yang menjadikan darah hatinya mendidih lalu mengalir kepada saraf dan menggelegak ke bahagian sebelah atas badannya sebagaimana menggelegaknya air yang dipanaskan di dalam periuk. Lalu muka dan matanya menjadi merah, sementara di sebalik kulitnya membayangkan warna merah. 

SIFAT PEMARAH 
Sifat pemarah iaitu sifat yang mempergunakan kekuatan tubuh untuk menolak yang tidak disukai. Imam AL-Ghazali membahagikan kemarahan bagi seseorang itu pada tiga bentuk iaitu : 
1)Tafrith (Ketiadaan sifat marah)
2)Ifrath (Sifat marah yang melapau) 
3)I’tidal (pertengahan antara marah dan tidak marah) 
TAFRITH 
Tafrith ialah tidak adanya kekuatan marah itu pada seseorang itu atau kekuatan marah itu sangat lemah. Misalnya, seseorang itu bersedia menanggung kehinaan walaupun diriya benar. Sifat seumpama ini juga adalah tercela iaitu orang yang diakatan tidak mempunyai sifat cemburu pada diri. Imam AL-Ghazali berkata: “Orang yang diperbuat seseuatu ke atasnya supaya dia marah, lalu dia tidak marah, maka orang itu seperti keldai”. 

I’TIDAL
I’tidal adalah ifat marah yang sederhan. Maka siapa yag marahnya terlalu marah, sewajarnya dia mengubati dirinya sehingga menjadi kuat marahya iaitu sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama. Dan siapa yang maranya terlalu berlebih-lebihan, maka sewajarlah dia mengubati dirinya supaya berkurang kemarahannyasehingga dia berada di tengah-tengah di antara marah yang sangat lemah dan marah yang belebih-lebihan. Hal ini juga marah yang sedrhana ini adalah jalan yang lurus. 

IFRATH 
Ifrath adalah sifat marah yang berlebihan sehingga melampaui batas kebijaksanaan akal dan agama. Orang seperti ini buta dan tuli dalam menerima pengajaran. Apabila dia diberi nasihat, nescaya tidak akan didengarnya, bahkan bertambah kemarahanny, dan apabila dia memperolehi cahaya dari sinar akalnya dan ia mahu kembali kepadanya, nescaya dia tidak sanggu menerimanya kerana sinar akalnya sudah padam dan terus lenyap dengan asap kemarahannya. 
Imam AL-Ghazali menyatakan bahawa sifat marah yang melapaui batas ini perlu diubati menjadi pemarah yang dipertengah. Antaranya: 

•Seseorang itu perlu memadamkan kemarahan dirinya dengan bentuk memaafkan, bersifat penyantun dan sabar. 
•Harus merasa takut pada seksaan Allah, sebab kekuasaan Allah lebih besar daripada kemarahannya yang ada pada dirinya. 
•Harus memikirkan akibat kemarahan itu seperti boleh menimbulkan permusuhan, balas dendam, kedatangan musuh, timbulnya kerosakan dan terjadinya caci maki. 
•Harus menyadari bahawa kemarahannya itu pula adalah di atas kehendak Allah Subhanahu wa ta’ala dan bukan atas kehendak dirinya. 

JENIS-JENIS MARAH 
Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang tidak sepatutnya ada pada seseorang muslim yang mukmin. Justeru usaha untuk mengelakkan diri dari sifat marah adalah menjadi satu kewajipan. Sifat marah yang wajib dibuang dari diri seseorang adalah sifat marah yang terlarang. Tidak semua sifat marah dilarang dan ada kalanya wajib kita marah dan terkadang diharuskan kita marah. Kemampuan kita menguruskan kemarahn akan membawa kita pada situasi yang tenang dan membahagiakan. Sifat marah dari sudut hokum boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

1)MARAH YANG TERPUJI (Al-ghadab al-mahmud) 

Perasaan marah dituntut apabila berlakunya pencabulam dan pelanggaran terhadap larangan-larangan Allah Subhanahu wa ta’ala. Sifat ini adalah hasil dari keimanan yang kuat terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala kerana orang yang tidak marah terhadap pencabulan dan pelanggaran larangan Allah Subhanahu wa ta’ala dianggap sebagai orang yang lemah iman. 

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam yang bermaksud : “Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan) sekiranya tidak mampu, ubalah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu juga maka ubah dengan hati, itulah selemah-lemah iman. 





2)MARAH YANG DICELA (al-ghadab al-mazmum) 

Marah yang dilarang dan dicela ialah apabila marah terhadap pelaksanaan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala atau marah yang didorong oleh perasaan dan hawa nafsu seperti marah dan tidak suka dengan pelaksaan hukum-hukum Allah Subhanahu wa ta’ala, marah dengan usaha dakwah, mrah dengan pelaksanaan syiar Islam dan lain-lain. Sifat marah dalam kategori ini dicela dan dilarang kerana ia adalah sifat orang-orang kafir yang sentiasa tidak suka dan tidak senang apabila orang mengamalkan dan menghayati Islam. Mereka meunjukkan perasaan mereka dengan menunjukkan rasa marah apabila ajaran-ajaran Islam diamalkan dalam kehidupan manusia. 

3)MARAH YANG DIHARUSKAN (al-ghadab al-mubah) 

Marah yang diharuskan ialah marah yang tidak melanggar perintah Allah Subhanahu wa ta’ala dan tidak melampaui batas. Sebab itulah orang yang dapat mengawal perasaan ini disukai oleh Allah Subhanahu wa ta’ala seperti marah apabila tidak tahu perkara yang sepatutnya diketahui, marah apabila tidak melakukan pekerjaan dengan baik dan lain-lain. 

Seperti mana Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman yang bermaksud : 

“Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. ” 


KESAN-KESAN MARAH DALAM TINDAKAN ORANG MARAH 

Kebanyakan ulama fiqh berpendapat bahawa orang yang marah dipertanggungjawabkan segala perbuatannya semasa dia marah, dan diambil kira apa-apa sahaja perbuatan yang lahir daripadanya, seperti perbuatan yang menyebabkan menjadi kafir, membunuh orang, mengambil harta orang lain tanpa hak, talak dan sebagainya. Mereka berhujjah dengan bersandarkan kepada beberapa dalil, di antaranya: 

Hadis Khaulah binti Tha’labah, isteri kepada Aus bin Ash-Shamit ada menyebutkan “Suaminya telah marah lalu dia menziharkannya, maka dia (Khaulah) pun pergi berjumpa Nabi lalu memberitahu kepada Baginda pekara itu dan berkata: 

“Dia tidak bermaksud untuk mentalakkan ku”. 

Maka Nabi bersabda :
“Aku tidak tahu melainkan engkau sebenarnya telah menjadi haram ke atasnya”. 

Di dalam hadis ini Allah telah menjadikan talak sebagai zihar, dan talak itu jatuh walaupun diucapkam dalam keadaan marah. Akan tetapi jika seseorang itu marah sehingga dia pitam maka tidak berlaku talak kerana hilang akalnya. Dala, keadaan ini dia menyerupai orang gila yang mana tidak jatuh talak yang lahir dari seorang gila. 

Oleh yang demikian, sekiranya seorang manusia yang berada dalam keadaan marah merosakkan sesuatu yang berharga kepunyaan orang lain, maka harta tersebut berada di bawah jaminannya dan dia hendaklah membayar ganti rugi hasil daripada perbuatannya itu. 
Antara contoh yang lain pula ialah sekiranya seseorang yang sedang marah itu sudah melafazkan kekufuran, maka dia dihukum murtad sehinggalah dia bertaubat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Selain daripada itu, sekiranya seseorang yang sedang marah itu pula telah membunuh seseorang dengan sengaja, maka dia dikenakan hukuman qishah dan sekiranya dia juga telah meletakkan talak ke atas isteriya, maka jatuhlah talaknya itu. Oleh yang demikian, kita seharusnya berhati-hati dalam tutur bicara kita walaupun dalam keadaan keadaan. 

SEBAB-SEBAB YANG MENIMBULKAN KEMARAHAN 
Sebab-sebab yang menimbulkan kemarahn itu adalah sifat megah diri, membanggakan diri, suka bersenda gurau, membuang masa bermain-main, mengejek, memalukan orang, suka bermusuhan, menyalahi janji dan tamak. Semua sifat yang disebut di atas adalah budi pekerti yang tercela pada agama, yang mana seseorang itu tidak akan terlepas dari mempunyai sifat marah apabila dia mempunyai sifat-sifat tersebut. Jadi untuk menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkam sifat marah itu tadi perlulah seseorang itu bersifat dengan sifat-sifat yang menjadi lawannya. 

Contohnya sifat megah diri, maka dia perlulah bersifat rendah diri untuk menjauhi sifat marah. Begitu juga sigat membanggakan diri, maka perlulah dia menganggap bahawa manusia itu sebenarnya adalah sama sahaja. 

Adapun sifat bersenda gurau yang menjadi sebab kepada kemarahn, dapat dihilangkan dengan menyibukkan diri dengan kepentingan-kepenting agama. Begitu juga sikap membuang masa dengan bermain-main dapat dihilangkan dengan kesungguhan mencari keutamaan dengan berperagai baik dan menimba ilmu pengetahuan agama yang dapat menjamin kebahagian di akhirat kelak. 

Sifat mengejek pula dapat dihilangkan dengan sifat memuliakan dan sifat memalukan orang dapat dihilangkan dengan bersifat menjaga lidah dari perkataan keji. Begitu juga sifat-sifat yang lain, semuanya dapat dihapuskan dengan bersifat dengan lawanya. 

Apabila sifat-sifat ini terhapus daripada diri seseorang, maka suci dan bersihlah dia dari sifat-sifat keji tersebut dan terlepasah dia dari kemarahan yang ada pada dirinya. 

MENGAWAL SIFAT MARAH

Menurut Waliullah Fudhail, sifat marah merupakan sifat semulajadi manusiASemua orang ada sifat marah. Tiada seorang pun boleh menghapuskannya. Tetapi ianya boleh disembunyikan atau dibendung. Mengekang sifat marah itu boleh dilakukan tetapi untuk menghapuskan samasekali adalah mustahil. 
Marah tidak boleh dibuang terus. Adakalanya kita perlu sifat marah ini. Kita patut marah bila ada orang cuba mempersendakan-sendakan Islam, menghina dan memperlecehkan Islam. Kita disuruh marah dan membela maruah Islam. Seperti kisah seorang pemuda Islam yang terbunuh kerana mempertahankan maruah seorang perempuan Islam yang dipersendakan oleh pemuda-pemuda Yahudi hingga terselak kain perempuan itu dan terdedah betisnya. 
Kita tidak patut marah pada hal-hal yang bersangkutan dengan diri kita. Di sini kita peru bermujahadah mengawal marah itu sehingga yang lahir hanya sifat-sifat yang baik. Ahnaf bin Qais adalah seorang yang lemah lembut. Beliau ditanya orang, dengan siapakah beliau belajar berlemah lembut itu ? 
Ahnaf menjawab, “Dengan Qais bin Asim. Hamba Qais bin Asim telah terjatuh pemanggang yang sedang panas tanpa sengaja ke atas anaknya hingga menyebabkan anaknya meninggal dunia. Qais degan tenang melihat kejadian yang menyayat hati itu dan membebaskan hambanya yang pucat kerana ketakutan. Dia bukan sahaja tidak marah pada hambanya bahkan kasihan melihat hambanya yang ketakutan. Begitulah sopan santun dan lemah lembut Qais bin Asim. Ia merasakan kejadian itu dating dari Allah dan is redha dengan ketentuan Allah. Begitulah tingginya rasa kehambaan Qais pada Tuhan. 

Rasa marah itu lahir dari perasaan “ketuanan” yang ada dalam hati kita. Kita rasa kita lebih besar, mulia, hebat dari orang lain. Tanpa perasaan-perasaan ini, kita tidak akan jadi pemarah. Kita boleh berlemah lembut, memaafkan kesalahan orang dan berolak ansur sesame manusia. Kita merasakan tiada bezanya diri kita dengan orang lain. Kita datang ke dunia melalui jalan yang gelap, lubang kencing yang hina tiada sedikitpun harta, dalam keadaan busuk dan hanyir, bodoh, dungu, pekak, bisu, buta, capek dan hodoh sekali. 

Firman Allah yang bermaksud : “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengran, penlihatan, dan hati. Moga-moga kamu bersyukur. ” (Surah An-Nahl: 78) 

CARA RASULULLAH MENANGANI SIFAT MARAH
Salah satu senjata syaitan untuk membinasakan manusia adalah marah. Dengan cara ini, syaitan boleh mengendalikan manusia dengan mudahnya. Kerana marah, manusia dengan mudahnya boleh menggugat takdir, mengeluarkan kata-kata kesat seta mencaci bahkan boleh mengeluarkan kata-kata talak yang boleh mebubarkan rumah tangga seseorang itu. Selain itu, kerana marah juga manusia boleh merosakkan harta benda bahkan tindak-tanduk seseorang itu tidak boleh dikawal. Contohnya membunuh atau pukul-memukul. 

Terdapat beberapa cara untuk menangani sifat marah ini menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga menjadi cara yang paling berkesan bagi kita ketika dalam keadaan marah serta menjadikan kita mukmin yang dapat mengawal marah secara rasional dan berakal. 

1)MEMBACA TA’AWWUDZ 
Dari sahabat Sulaiman bin Surd, beliau menceritakan, “Suatu hari saya duduk bersama Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. Ketika itu terdapa dua orang yang saling memaki. Salah satunya telah merah wajahnya dan urat lehernya memuncak. Kemudian Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya saya mengetahui ada satu kalimat, jika dibaca oleh orang ini, marahnya akan hilang. Jika dia membaca ta’awwudz : A’-uudzu billaahi minas syaithaanir rajim, marahnya akan hilang. ” 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

2)DIAM DAN JAGA LISAN 

Seseorang yang sedang marah akan bercakap tanpa memikirkan apa yang sedang dia bicarakan. Sehingga berkemungkinan dia akan mengeluarkan kata-kata yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Kerana itulah, diam merupakan cara yang paling mujarab untuk menhindarkan diri kita daripada mendapat dosa yang lebih besar. 

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda : “Jika kalian marah, diamlah. ” (HR. Ahmad dan Syuaib Al-Arnauth menilai Hasan lighairih) 

Ucapan kekafiran, mencaci, mengumpat takdir dan sebagainya akan dicatat sebagai tabung dosa bagi seseorang. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam mengingatkan : 
“Sesungguhnya ada hamba yang mengucapkan satu kalimat, yang dia tidak terlalu memikirkan dampaknya, namun menggelincirkannya ke neraka yang dalamnya sejauh timur dan barat. ” (HR. Bukhari dan Muslim) 

3)MENGAMBIL POSISI YANG LEBIH RENDAH 

Kecenderungan orang marah adalah ingin selalu lebih tinggi, dan lebih tinggi. Semakin dituruti, dia semakin ingin lebih tinggi. Dengan posisi lebih tinggi, dia boleh melempiaskan kemarahannya itu dengan sepuas hati. 
Kerana itulah, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam memberikan saran sebaliknyASupaya marah ini diedam dengan mengambil posisi yang lebih rendah dan lebih rendah. Dari Abu Dzar, Rasulullah menasihatkan : 
“Apabila kalian marah, dan dia dalam posisi bersiri, hendaknya dia duduk. Kerana dengan itu marahnya boleh hilang. Jika belum juga hilang, hendak dia mengambil posisi tidur. ” 

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, dari Abul Aswad Ad-Duali, beliau menceritakan kejadian yang dialami Abu Dzar, 
“Suatu hari Abu Dzar mengisi ember beliau. Tiba-tiba datang beberapa orang yang ingin mengerjakan Abu Dzar. ‘Siapa diantara kalian yang berani mendatangi Abu Dzar dan mengambil beberapa helai rambutnya?’ Tanya salah seorang diantara mereka. ‘Saya, ’ Jawab kawannya. 
Majulah orang ini, mendekati Abu Dzar yang ketika itu berada di dekat embernya, dan menjitak kepala Abu Dzar untuk mendapatkan rambutnya. Ketika itu Abu Dzar sedang berdiri. Beliaupun langsung duduk kemudian tidur. 


Melihat kejadian itu, mereka kehairanan. ‘Wahai Abu Dzar, mengaa kamu dudk, kemudian tidur?’ Tanya mereka kehairanan. 

Lalu Abu Dzar kemudian menyampaikan hadis di atas. ” 

Mengapa duduk dan tidur? Al-Khithabi menjelaskan, “Orangyang berdiri mudah untuk bergerak dan memukul, orang yang duduk, lebih sulit untuk bergerak dan memukul, sementara orang yang tidur, tidak mungkin akan memukul. Seperti ini apa yang disampaikan Rasulullah. Perintah beliau untuk duduk, agar orang yang sedang dalam posisi berdiri atau duduk tidak segera melakukan tindakan pelampiasan marahnya, yang boleh jadi menyebabkan dia menyesali perbuatannya setelah itu. (Ma’alim As-Suna, 4/108) 

4)SEGERA BERWUDHU ATAU MANDI
Seseorang yang sedang marah haruslah bersegera berwudhuk. Hal ini kerana berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan marah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya. 
“ Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk” 
(Hadis Riwayat Abi Daud) 

5)INGATLAH HADIS INI KETIKA MARAH 

Dari Muadz bin Anas Al-Juhani, Rasulullah bersabda: 
“Siapa yang berusaha menahan amarahnya, padahal dia mampu meluapkannya, maka dia akanAllah panggil di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat, sampai Allah menyuruhnya untuk memilih bidadari yang dia kehendaki. ” (HR. Abu Daud, Turmudzi, dan dihasankan Al-Albani) 

Subhanallah ! Siapa yang tidak bangga ketika dia dipanggil oleh Allah di hadapan semua makhluk pada hari kiamat, untuk menrima balasan yang besar? Semua manusia dan jin menyaksikan orang ini, maju dihadapan mereka untuk menerima pahala yang besar dari Allah. Pahala ini berikan kepada orang yang hanya mampu menahan emosi dan tidak melempiaskan marahnya. Kita boleh bayangkan, betapa besarnya pahalanya, ketika di mana dia bkan sahaja menahan emosi marahnya, tetapi juga memaafkan kesalahan orang tersebut dan bahwa membalasnya dengan kebaikan. 

PENUTUP 
Dalam sebuah hadis sahih, seorang lelaki telah meminta pesan daripada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam, sepertimana hadis tersebut yang bermaksud : 
“Dan dari padanya, bahwa laki-laki berkata : Ya Rasullullah, nasihatilah saya! Sabdanya: Jangan marah, lalu beliau ulangi sabdanya beberapa kali, sabdanya: Jangan marah!” 
(HR. Bukhari) 
Dalam riwayat tersebut telah diterangkan bahawa lelaki itu adalah Jariah Baljiem Ibnu Qadamah, tetapi ada cerita lain yang mengatakan bahawa ia adalah Sufyan bin Abdillah as Tsaqafi. Ia berkata: Ya Rasulullah, katakanlah dengan ringkas, apa yang bemanfaat bagiku! Jawabnya: Jangan marah, tentu engkau akan mendapat syurga. Hadis ini menerangkan bahawa dilarang marah, sebab-sebab yang mendatangkan marah tidak boleh marah atas sesuatu yang membuatnya marah. Juga termasuk larangan atas sikap yang ditimbulkan akibat marah seperti sombong, hilangnya kesedaran dan keseimbangan. 

Memperhatikan bentuk hadis ini, Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam dalam setiap memberikan nasihat, selalu melihat orangnya. Orang yang suka marah, dinasihati agar jangan marah. Orang yang tidak sabar, dinasihati supaya bersabar, dan seterusnya. Dengan kalimat lain, bentuk hadis tersebut dapat dinyatakan: “Jangan kamu berbuat sesuatu yang menyebabkan kemarahanmu”. 

Ibnu Tien berkata, “Dalam kalimat “jangan marah” tersimpul segala bentuk kebaikan dunia dan akhirat, sebab dengan marah mengakibatkan terputusnya hubungan dan kasih sayang serta menunjukkan bahawa orang yang suka marah itu kurang sempurna agamanya. Marah timbulnya dari luapan nafsu (emosi) dari syaitan. Siapa yang berusaha keras untuk memeranginya, berarti ia telah menjadi orang yang kuat yang mampu menguasai dirinya. 

Dalam hal lain, Imam Al-Ghazali ada juga menerangkan bahawa tidak perlulah untuk saling menjelekkan orang yang lain (ghaibah), tidak mahu menjadi mata-mata, hina-menghina atau mengungkapkan kejelekan kawannya, serta perlunya diam atau tidak menjawab jika dikatakan oleh orang-orang kepadanya tentang sesuatu yamg menyakitkan hati atau menghinanya, sedangkan diam itupun harus berlandaskan pada keagamaan. Di sini Imam Al-Ghazali lebih menitik beratkan pada jiwa toleransi.

RUJUKAN 
•Atikah Ghazali. Adab Bermasyarakat Dalam Islam Melahirkan Perpaduan Umat. Batu Caves, Selangor : Pustaka Ilmi. 
•Dr. H. Hamzah Ya’qub. 1980. Tingkat Ketenangan dan Kebahagiaan Mu’min. Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd
•DRS. MOH. Thalib. 1983. Sifat Dan Sikap Tercela Dalam Islam. Surabaya : PT Bina Ilmu. 
•Ustaz Hanafi Bin Abdul Rashid. 1992. Kejahatan-kejahatan Lidah. Kuala Lumpur : Syeikh Publisher. 
•Hussein Bahreisj. 1981. Ajaran-Ajaran Akhlak Imam Al-Ghazali. Surabaya, Indonesia : Al Ikhlas Jl. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com