Tajuk: Larangan Bersifat Cinta Dunia Menurut Ajaran Islam

PENDAHULUAN
Islam amat mengambil berat tentang persoalan harta dalam kehidupan manusia. Harta dianggap sebagaisatu amanah oleh Allah yang mesti diuruskan dengan baik dan sesempurna mungkin, berdasarkan peraturan dan hukum Allah Subhanahu wa ta’ala. Pengurusan harta sebagai bekalan kehidupan di akhirat mesti diurus dan dirancang semasa sesorang itu masih hidup lagi. Harta dunia ini adalah milik Allah Subhanahu wa ta’ala. dan kita hanyalah pemegang amanah yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbirnya sebaik mungkin mengikut syariat Islam. 

Walaubagaimanapun, manusia tidak lari dari kesilapan dan kesalahan menggunakan harta. Hal ini demikian kerana, manusia mempunyai sifat yang tercela iaitu tamak, tidak amanah dan cintakan harta semata-mata seperti mengerja harta dunia. Menurut hadis, 

“Dari Khoulah al Anshori ia bekata: Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda: Sesungguhnya berapa orang yang menggunakan harta Allah dengan tidak benar maka bagi mereka neraka di hari kiamat” (H. R Bukhari) 

DEFINISI HARTA
Harta adalah anugerah Allah Subhanahu wa ta’ala kepada manusia melalui usaha dan iktiar mereka seperti rumah, tanah, kereta, bangunan, wang, dan sebagainyASemua harta yang terdapat di alam ini adalah milik Allah Subhanahu wa ta’ala. secara mutlak. Manusia diberi kebenaran memiliki dan menggunakan harta untuk memajukan dan memakmurkan alam ini untuk kebaikan seluruh makluk. 

Menurut Imam Hanafi, harta ialah sesuatu yang diingini manusia dan boleh disimpan lama. Manakala menurut Imam Syafi’I dan Imam Hanbali, harta merupakan sesuatu benda yang dianggap harta jika ada nilai kormersial padanya sama ada ia dalam bentuk barang atau manfaat dan boleh dikenakan ganti rugi sekiranya dicerobohi. 

Dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara sebagai jambatan untuk ke akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya. Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan mengajar manusia supaya mempunyai status sosial dan ekonomi yang baik. 

HARTA AMANAH ALLAH
Manusia diamanahkan untukmenguruskan harta tersebut dengan sebaik mungkin bagi memperoleh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Manusia hendaklah berusaha meneroka segala harta yang terdapat di bumi dan di lautan untuk membangun dan memakmurkan alam ini. Harta juga merupakan ujian dan fitnah manusia. Dek kerana harta, mungkin boleh putus sahabat atau saudara. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam Surah Ali ’Imran, ayat 186, yang bermaksud: “Kamu akan dicuba dan diuji pada harta kamu dan diri kamu” 

Sebab Harta adalah Amanah Allah 
Antara sebab harta adalah amanah Allah Subhanahu wa ta’ala ialah supaya manusia menguruskan segala sumber harta dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Selain itu juga, supaya manusia sentiasa tidak sombong dan berbangga dengan harta yang dimiliki. Manusia sentiasa berusaha dan ikthtiar untuk mencari harta juga merupakan salah satu sebab harta adalah amanah Allah Subhanahu wa ta’ala. Seterusnya, supaya manusia tidak menggunakan hartayang dimiliki secara membazir. 

KEPERLUAN MENCARI HARTA SECARA HALAL 
Faktor-faktor umat Islam dituntut supaya mencari harta secara halal:
Faktor-faktor umat Islam yang dituntut supaya mencari harta secara halal ialah menjamin kebahagian hidup di dunia dan di akhirat kerana harta yang halal diberkati Allah Subhanahu wa ta’ala. Tambahan pula, menghindari penindasan dan penganiayaan terhadap golongan yang lemah seperti melakukan monopoli, manipulasi, rasuah dan ribASelain itu, mengelakkan berlakunya permusuhan, pergaduhan, dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat seperti memperoleh harta secara manipulasi. 

Kelebihan mencari harta secara halal:
Mencari harta secara halal banyak memberi manfaat dan kelebihan untuk kita semua. Antaranya, merupakan suatu ibadat yang memperoleh pahala. Di samping itu, mewujudkan silaturahim dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat. Menghindari permusuhan dan kezaliman sesama manusia juga merupakan salah satu kelebihan mencari harta secara halal. Seterusnya, melahirkan individu yang bertanggungjawab terhadap harta yang diperoleh secara halal. 

CARA MENGURUSKAN HARTA 
Cara menguruskan harta:
Antara cara menguruskan harta ialah menunaikan hak-hak yang wajib terhadap harta seperti memberi nafkah kepada ibu bapa dan keluarga serta mengeluarkan zakat. Selain itu, melaksanakan tanggungjawab sosial yang dapat mewujudkan perpaduan rakyat seperti derma, sedekat dan wakaf. Membelanjakan harta secara berhemat dan tidak membazir juga merupakan salah satu cara menguruskan hartASeterusnya, memanfaatkan harta untuk kepentingan ramai seperti membina kemudahan awam. 

Membazir ialah memgunakan harta pada jalan yang tidak diredhai Allah Subhanahu wa ta’ala seperti pada perkara maksiat atau perkara yang sia-sia. 

Sebab larangan membazirkan harta:
Membazirkan harta dengan perkara yang tidak berfaedah dan tidah bermanfaat boleh menyebabkan lahirnya masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Tambahan pula, menjadi faktor sesorang itu menjadi miskin kerana menanggung hutang yang banyak. Ia juga membantutkan perkembangan ekonomi negara. Di samping itu, berlakunya inflasi dalam negara dan ketidakstabilan ekonomi negara serta boleh menjatuhkan ekonomi dan nama baik negara. 

Kesan pembaziran harta boleh menjejaskan ekomoni negara secara tidak sengaja. Contohnya, ekonomi negara tidak stabil. Selain itu, perkembangan ekonomi terbantut dan tabungan negara berkurangan akibat wujudnya manusia yang melakukan pembaziran dan tidak mengambil peduli tentang kemerosotan ekonomi negara. 

Sebagai manusia, kita semestinya mengambil langkah untuk mencegah dan menghindari amalan pembaziran ini. Contohnya, merancang perbelanjaan dengan cermat. Di samping itu, membeli barangan mengikut kepentingan dan keperluan. Seterusnya, mengadakan kempen kesedaran tentang keburukan amalan pembaziran harta kepada masyarakat. 

MEMPEROLEH DAN MEMBELANJAKAN HARTA 
Tuntutan mencari harta
Islam menggalakkan umatnya berusaha mencari harta. Harta dapat dicari dengan cari berniaga, bertani, berternak, dan sebagainyASemua harta yang diperoleh dapat digunakan untuk memenuhi segala keperluan hidup di dunia. Antara sebab Islam menggalakkan umatnya mencari harta termasuklah memiliki harta merupakan fitrah manusia. Harta juga digunakan untuk memenuhi keperluan diri dan keluargASelain itu, harta digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan dan dapat mengurangkan kadar kemiskinan umat Islam serta dapat membangunkan ummah dalam semua bidang. 

Keburukkan hidup tanpa harta boleh menyebabkan hidup tidak tenteram kerana sering dibelenggu masalah kewangan. Selain itu, ibadat tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna serta keperluan asas tidak dapat disempurnakan. 

Oleh hal yang demikian, Al-Quran meletakkan orang-orang yang mewah bersama-sama dengan orang yang kiri yakni orang-orang yang mendapat kecelakaan di akhirat. Allah Subhanahu wa ta’ala menjelaskan dalam Surah Al-Waqiah ayat 41 hinnga 45, yang bermaksud: “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah Subhanahu wa ta’ala maka khabarkanlah pada mereka dengan (balasan) azab seksaan yang tidak terperi sakitnya"

Langkah Memperoleh Harta Secara Halal
Antara langkah-langkah untuk memperoleh harta secara halal ialah melakukan pekerjaan dengan ikhlas. Selain itu, menceburi bidang kerja yang halal. Di samping itu, mengamalkan akhlak mulia ketika melakukan pekerjaan serta menjaga ibadat semasa melakukan perkerjaan. 

Cara Memperoleh Harta
Cara memperoleh harta terbahagi kepada 2 iaitu cara memperoleh harta secara halal dan cara memperoleh harta secara haram. 
Cara memperoleh harta secara halal ialah berniaga secara jujur dan tidak menipu. Seterusnya, bekerja sendiri seperti berniaga, bertani, dan bertukang. Selain itu, bekerja makan gaji seperti menjadi guru, doktor dan peguam. Melabur dalam saham yang berteraskan Islam juga merupakan salah satu cara memperoleh harta secara halal. 

Cara memperoleh harta secara haram pula ialah dengan melalui penipuan dalam perniagaan seperti mengurangkan sukatan atau timbangan. Tambahan pula, melalui cara kekerasan dan kezaliman seperti mencuri dan merompak. Seterusnya, melalui penindasan dan penganiayaan terhadap orang lain seperti riba dan monopoli. Selain itu, melalui aktiviti mejual dadah, menyeludup barangan dan menerima rasuah. 

TUNTUTAN MEMBELANJAKAN HARTA
Islam mewajibkan umatnya supaya membelanjakan harta untuk kepentingan agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara. Allah Subhanahu wa ta’ala menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 269, yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”

Antara cara membelanjakan harta termasuklah mengeluarkan zakat dan menunaikan haji. Seterusnya, bersedekah dan menderma kepada yang memerlukan serta membina kemudahan asas untuk kegunaan ramai seperti surau, perpustakaan, dan sebagainya. Di samping itu, menafkahkan harta demi jihad pada jalan Allah dan beramal jariah. 

Segala perbelanjan tersebut haruslah mengikut tuntutan syarak bagi memperoleh keredaan dan keberkatan Allah Subhanahu wa ta’ala. 

CARA MEMBELANJAKAN HARTA
Terhadap keluarga
Menyara diri dan keluarga untuk pelbagai keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan. Selain itu, menafkahkan harta kepada orang yang di bawah tanggungan seperti ibu bapa dan kaum keluargASeterusnya, membelanjakan harta dengan berhemat dan tidak membazir. 
Terhadap masyarakat
Membelanjakan harta untuk kebajikan umum seperti bersedekah dan derma. Tambahan pula, membangunkan institusi pembangunan masyarakat seperti masjid, sekolah, dan hospital. Di samping itu, memberi bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana seperti membantu mangsa banjir dan kebakaran. 
Terhadap negara
Melaburkan wang untuk memajukan ekonomi negarASelain itu, mengeluarkan zakat dan membayar cukai sebagaimana yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Seterusnya, melaburkan wang bagi membantu kerajaan menyediakan kelengkapan tentera untuk mempertahankan negara dan menjaga naik baik negara agar tidak tercemar. 

HIKMAT MEMBELANJAKAN HARTA
Hikmat yang dapat diperolehi dengan membelanjakan harta ialah memenuhi keperluan peribadi dan keluargASelain itu, membangunkan dan memajukan ekonomi negara. Harta yang dimiliki dapat dilaburkan dalam sektor-sektor yang ditentu bertujuan membangunkan ekonomi. Harta tidak berlegar dikalangan orang tertentu. Amalan membelanjakan harta untuk kebajikan umum menyebabkan harta dapat dimanfaatkan secara menyeluruh. Tambahan pula, mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai aktiviti membelanjakan dan menggunaan harta. 

Kalau diteliti dalam ajaran Islam, pada masa yang sama, kita dapati juga bahawa Al-Quran sebenarnya ada memberikan pujian kepada harta. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam seorang yang fakir lalu Allah Subhanahu wa ta’ala mengurniakan kekayaan padanya. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala, Surah Al-Dhuha, ayat 8, maksudnya:
“Dan Allah Subhanahu wa ta’ala mendapati kamu (Muhammad) sebagai seorang yang kekurangan lalu Allah Subhanahu wa ta’ala memberi kecukupan”

AKTIVITI MENCARI HARTA YANG DIHARAMKAN DALAM ISLAM

1. Monopoli
Definisi: Penguasaan sepenuhnya terhadap suatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dan sebagainya dalam pasaran tertentu oleh seseorang. Kegiataan ini dilarang kerana akan menimbulkan masalah kepada orang ramai apabila barang-barang keperluan tiada di pasaran atau terhad jumlahnya. 

Kesan buruk monopoli 
Monopoli memberi kesan buruk dalam semula aspek. Antaranya, berlaku huru hara, pergaduhan dan penindasan dalam masyarakat. Selain itu, menjejaskan kepentingan pengguna kerana tidak bebas untuk membeli barang-barang keperluan. Seterusnya, berlaku penipuan dalam urusan perniagaan yang merugikan pihak pengguna. Tambahan pula, mengikis sifat amanah dalam bermuamalah serta perasaan belas kasihan sesama manusia. Monopoli juga mewujudkan masyarakat yang bersifat tamak haloba dan mementingkan diri. 
Di dalam kitab Al-Quran, jika dibaca akan dijumpai bahawa harta dan pemilikannya memang dibenci dan dicerca sekiranya manusia tidak bersyukur dan berlaku kufur dengan nikmat harta. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala, Surah Al-Humazah 1-3, maksudnya:
“Celakalah bagi setiap pengumpat lagi pencela. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalnya”

2. Manipulasi
Definisi: Menggunakan kemahiran dan kepakaran untuk memperoleh keuntungan peribadi dengan cara yang salah seperti mengurangkan sukatan atau timbangan tanpa disedari oleh pembeli. 
 Manipulasi mudah berlaku dalam urusan perniagaan yang melibatkan penjual dan pembeli. Penjual akan mengurangkan sukatan atau timbangan tanpa disedari oleh pembeli untuk memperoleh keuntungan yang banyak. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala, Surah Al-Israk, ayat 135, maksudnya:

“Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dantimbanglah dengan timbangan yang adil, yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak”

3. Riba
Definisi: Bunga atau pertambahan dalam urusan pinjaman, pertukaran barangan sejenis, atau tambahan bayaran balik hutang akibat penangguhan bayaran. 
Kesan buruk riba terhadap individu, masyarakat, dan negara
Antara kesan buruk riba yang berlaku ialah penindasan dan penganiayaan terhadap golongan yang lemah. Selain itu, wujudnya golongan manusia bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri. Melebarkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin juga merupakan salah satu kesan buruk riba. Tambahan pula, negara kucar-kacir dan sukar untuk membangun serta nama baik negara tercemar. 

Langkah-langkah untuk menghindari amalan riba:
Langkah-langkah untuk menghindari amalan riba ialah melaksanakan sistem pengurusan yang berasaskan muamalat Islam dalam segala urusan. Di samping itu, memberi penerangan yang jelas tentang keburukan riba kepada masyarakat agar tidak terjebak dengan amalan ribASeterusnya, berbelanja secara berhemat dan mengikut kemampuan. Membeli barang secara tunai dan bukan secara hutang atau bayaran bertangguh juga merupakan salah satu langkah untuk menghindari amalan riba. 

Islam menutup sebarang pintu ke atas orang yang berusaha menanam atau melaburkan modalnya secara riba. Maka diharamkan cara ini sama ada banyak ataupun sedikit. Islam mengancam kaum Yahudi yang mengambil riba sedangkan riba itu diharamkan ke atas mereka. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala, Surah Ali Imran ayat 130, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala supaya kamu berjaya”

4. Rasuah
Definisi: Memberi sesuatu barangan yang berharga kepada seseorang untuk mendapatkan atau melepaskan sesuatu tindakan dengan cara yang salah. 
Kesan buruk amalan rasuah
Rasuah memberi kesan buruk dalam semua aspek. Antaranya, berlaku persengketaan, kezaliman dan penindasan dalam masyarakat dan negarASelain itu, keadilan tidak dapat ditegakkan serta melahirkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Di samping itu, menyekat perkembangan ekonomi negara dan menjatuhkan serta mencermakan nama baik negara. 

PENUTUP
Harta adalah ujian Allah Subhanahu wa ta’ala. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan dan bukanlah segala-galanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia. Walaubagaimanapun tanpa harta, manusia akan mendapat susah untuk menjalani kehidupan seharian. Harta juga adalah amanah Allah Subhanahu wa ta’ala yang wajib dilaksanakan mengikut syarak dan syariat Islam. Tanpa berteraskan rahmah dan keihsanan di dalam menguruskan harta, ia boleh membawa kepada perpecahan dan pergaduhan, terutama dikalangan ahli keluarga dalam harta warisan. Maka sebagai orang Islam, kita berkewajiban menerima ketentuan Allah Subhanahu wa ta’ala dalam harta peninggalan, termasuk wasiat dan faraidh. Kita semestinya berkewajiban menguruskan dan melaksanakan harta Allah Subhanahu wa ta’ala dengan sebaik mungkin dan mendatangkan kebaikan kepada manusia. Bahkan harta kekayaan disebut sebagai “kebaikan” dalam Al-Quran. 

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala ketika menerangkan sifat manusia : “Dan ssungguhnya dia (manusia) amat suka kepada kebaikan (harta)” 

Oleh hal yang demikian, kita semestinya memperoleh harta dengan cara yang halal dan menggunakan harta dengan tujuan yang baik dan amanah. Selain itu, kita hendaklah membelanja harta dengan sebaiknya seperti mengeluarkan zakat, sedekah dan menunaikan haji. Hal ini demikian, kita mestilah sentiasa ingat bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala pencipta segalanya termasuk harta dan perlu ditekankan bahawa harta bukanlah milik kita selamanya. Pemilik harta yang hakiki hanyalah Allah Subhanahu wa ta’ala dan ia harus ditadbir menurut ketentuanNya. 

RUJUKAN 
1. Hassan Al-Banna Mohamed &Rabiatul Adawiyah. 2012. Tasawwur Islam. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd. 
2. Drs. Moh. Thalib. 1983. Sifat Dan Sikap Tercela Dalam Islam. Tanjungan 53 E, Surabaya: pt. Binailmu
3. Ustaz Mohmamad Nidzam Abd. Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Zakat Tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. 
4. Dato’ Dr. Haron Din. 2007. Islam:Agama Bisnes dan Pengurusan. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com