Tajuk: Larangan Bersifat Bakhil Dalam Ajaran Islam

PENGERTIAN DAN TAKRIF BAKHIL
Secara umumnya bakhil ialah menahan diri dari memberi atau membelanjakan apa yang sewajibnya atau selayaknya diberi mengikut ketentuan yang ditetapkan oleh hokum syara atau hukum adat dan murah

Hukum syara’
Bakhil dari segi hukum syara ertinya menegah diri dari menunaikan kewajiban zakat, nafkah samaada kepada anak-anak, isteri dan ibu bapa. ia juga boleh terjadi jika seseorang itu suka memberi barangan yang buruk dan tidak disenang oleh hati

Hukum adat dan murah
Dari segi hukum adat dan murah pula ialah seseorang itu berkelakuan menyusahkan atau mengambil kira sangat dengan perkara yang kecil, contohnya memulangkan barangan yang telah dibelinya kerana kekurangan yang sedikit, atau memberikan kadar nafkah yang ditetapkan oleh hakim tetapi menyusahkan pembayaran. 

KIKIR ATAU BAKHIL
Berhubung sifat bakhil dan kikir, Allah taala telah berfirman: Ertinya : “sekali-kali janganlah orang-ornag yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat.. ” (Ali-Imran:180) 

Sifat kikir dan bakhil adalah satu sifat yang buruk menurut ajaran Islam. Sehubungan itu, daripada orang-orang mukmin dilarang mendekatinya apalagi bersifat dengan sifat itu, sebab bahayanya di dunia saja tapi juga di akhirat. Di dunia ia akan dibenci dan disingkir oleh sesame manusia; sedang di akhirat ia akan dicampakkan ke dalam neraka. Na’udzu billahi min dzaalik. 

Kikir dan bakhil adalah suatu sikap enggan mendermakan sebahagian harta yang dikurniakan oleh Allahkepadanya ke jalan yang benar atau kepada orang yang sangat memelurkan hulutkan tanganya. Bakhil juga boleh diertikan cinta pada harta yang dimiliknya dan tidak memepergunakan untuk kepentingan orang lain secara wajar. 

Sifat bakhil itu merosakkan umat manusia sebab kebakhilan boleh menyebabkan pertumpahan darah dan pelanggaran terhadap kehormatan manusia. Orang yang bakhil akan berusaha sedaya upaya untuk memelihara, mengumpul, memperbanyakan dan menjaga hartanya agar tidak berkurung sedikitpun, bahkan juga berusaha mengumpul harta orang lain masuk ke dalam sakunya. Biasanya sifat bakhil ini tidak hanya berlaku kepada orang lain saja, bahkan terhadap dirinya sendiri dan keluarganya. 

Maka untuk memperoleh harta orang lain masuk ke dalam sakunya dank ke dalam kekuasaan dirinya, ia tidak segan-segan untuk merompak, berperang, merampas, rasuah dan lain-lain perbuatan yang dilarang dalam agamASehubungan itu, Rasulullah mengambarkan akibat dari kebakhilan melalui sebuah hadis, sabdanya: 

Ertinya: Takutlah kalian dari sifat kikir. Sesungguhnya umat-umat sebelum kamu telah binasa disebabkan keburukankan sifat kikir itu, sehingga mereka suka untuk mengalirkan darah antara sesame mereka dan menhalalkan segala yang diharamkan ke atas mereka”. 

Dan sabdanya lagi: Ertinya : “orang yang kikir itu berada jauh dari Allah, manusia syurga dan hampir kepada api neraka”. 

SIFAT BENCI DAN SIFAT DERMAWAN. 
Agama Islam membenci sifat kikir sebaliknya menghargai dan memuji sifat dermawan. Dalam sebuah hadis nabi menyebutkan sifat dermawan sabdanya: Ertinya: “sifat dermawan (murah hati)itu adalah suatu pohon di syurga, sedang ranting-rangtingnya berada di dunia. Barangsiapa yang bergantung dengan rangtingnya, nescaya ia akan dipimpin ke syurga, kerana tidak akan masuk ke dalam syurga kecuali orang yang bermurah hati saja. Dan sifat kikir itu adalah suatu pohon di neraka, sedang rangting-rangtingnya berada di dunia. Barangsiapa yang bergantung dengan ranting-rangtingnya nescaya ia akan dipimpin ke neraka, kerana tidak akan masuk ke neraka kecuali orang yang kikir saja”. 

Dan lagi sabdanya: Ertinya: “ketahuilah! Bahawasanya semua orang yang murah hati di tempatkan di syurga. Hal ini sudah ditentukan oleh Allah dan saya menjadi penjamin baginya. Ketahuilah, bahawasanya semua orang yang kikir itu ditempatkan di neraka. Ini sudah ditentukan oleh Allah, dan saya menjadi penjamin baginya”. 

Dengan huraian di atas kita mengetahui bahawa sifat bakhil itu membahayakan diri seseorang dan umat manusia lingkungannya, maka oleh sebab itu Rasulullah saw mengajarkan agar kita memohon perlindungan kepada Allah agar menjauhkan diri dari sifat bakhil ini. Doa yang diajarkan Nabi saw adalah sebagai berikut:Ertinya:“ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari angan-angan sedih, lemah, malas, bakhil dan pengecut”. 

EKONOMI
Siksaan kepada orang yang bakhil dalam memberi zakat. Allah Subhanahu wa ta’ala. telah berfirman: Ertinya: Dan janganlah sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan hartabenda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahNya menyangka bahawa keadaan bakhil itu baik”. (Ali Imran 180) 

Kebanyakkan dari kalangan Sahabat-sahabat rasulullah dan kebanyakkan ulama-ulama berpendapat bahawa ayat itu telah diturunkan mengenai zakat. Siksa-siksa yang begitu keras telah dinyatakan dalam ayat tersebut adalah untuk mereka yangtidak menunaikan zakat. 

Di Dalam beberapa hadith telah disabdakan oleh baginda Sallallahu ‘alaih wa sallam. telah berkata bahawa siksa yang dinyatakan di dalam ayat tersebut adalah bahawa siksa yang dinyatakan di dalam ayat tersebut adalah bahawa hartanya akan dipanaskan dan dengannya dahi dan lambungnya akan diacapkan. Ini adalah siksa keranatidak menunaikan zakat. Mudah-mudahan Allah selamatkan kita daripadanya dengan limpah Rahim dan kurniaanNya yang luas. Sedikit sahaja daripada azab dengan logam yang panas pun adalah begitu berat. walhal makin banyak harta yang dimiliki oleh seseorang, makin banyaklah cap dengan logam yang lebih panas akan diterima (kerana tidak menunaikan zakatnya). Dengan menyimpan emas dan perak beberapa hari, bertapa besar musibah seseorang akan dihadapi! Sesiapa yang telah diberi harta oleh Allah dan tidakmenunaikan zakatnya maka harta itu akan menjadi ular dan akan membelit lehernya lalu berkata, `Akulah hartamu, akulah khazanahmu. ” 

Pesuruh Allah Sallallahu ‘alaih wa sallam. telah bersabda bahawa harta yang dijaga dalam khazanah dan peti-peti besi, jika tidak ditunaikan zakatnya, akan menjadi ular dan akan membelit leher kamu. Ular di dalam rumah tidak semestinya akan membelit. Hanya dibimbangkan sahaja nanti ia akan membelit dan di atas kemungkinan ini kita berkali-kali berfikir dan bimbang nanti ia akan keluar dari lubang di penjuru itu atau pun dari penjuru ini. Bahkan jikatidak ditunaikan zakatpastilah ia akan menjadi ular dan akan membelit orang-orang. Di dalam keadaan bergini masih juga manusia tidak takut. 

Imam ghazali r. a. di dalam kitabnya ilhya-ul-ulum telah menulis bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala. telah menjajnjikan azab yang pedih untuk mereka yang tidak berwaspada mengenai menunaikan zakat. firman Allah Subhanahu wa ta’ala. adalah: 

Ertinya: “mereka yang mengumpulkan emas dan perak dan tidak membelanjakan di jalan Allah”. 

Disini`membelanjakan dijalan Allah, ’maknanya adalah menunaikan zakat. Selepas itu berkata; 

“zakat dari segi perkara-perkara yang diliputi olehnya adalah enam jenis:
I. Zakat untuk binatang-binatang ternakan
II. Zakat untuk emas dan perak
III. Zakat untuk modal perniagaan
IV. Zakat untuk harta yang tersembunyi seperti emas dan perak yang di dapati di dalam lombong(sumber di bawah tanah)
V. Zakat untuk penghasilan
VI. Zakat fitrah. 

MASYARAKAT

KEBURUKKAN SIFAT BAKHIL. 
Orang yang bersifat bakhil seolah melakukan satu kebodohan kepada dirinya kerana sifat bakhil bukan hanya tidak mendapat faedah di dunia malah di akhirat juga dijanjikan seksaan yang amat pedih dengan harta yang dibakhilkannya sewaktu hidupnyASemasa di dunia, hanya cacian dan cemuhan masyarakat yang dilemparkan kepada si bakhil malah jika ia telah meninggal sekalipun tidak berhenti masayakat memberi cemuhan berikutan sifat sikap bakhil tersebut. Lamzimnya, si bakhil akan menyedari kerugian yang besar dengan sifatnya itu apabila terpaksa meninggalkan hartanya ketika ajal menjemputnya. Di samping itu, sifat bakhil juga telah membuktikan ketidaksempurnaan kehidupan orang bakhil seringkali dirundung kesusahan dan kesempitan. 

KEBAIKAN SIFAT PEMURAH. 
Sanjungan dan pujian sentiasa mengiring kehidupan seorang pemurah malah ia termasuk dalam senarai orang yang bertemankan manusia mulia dari orang-orang soleh, para nabi dan rasul. Si pemurah mengutamakan kehilangan kepada kebajikan dari kehilangan di luar kemampuan dan kemampuan sebagaimana bakhil. Oleh itu, ia disukai dan didoakan kehidupan yang baik kepadanya walaupun ia telah meninggal duniASifat pemurah diwarisi oleh para anbiya`seperti yang dilalukan oleh Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan Nabi Ismail. Pengorbanan dan sangat pemurah sangat berkaitrapat kerana ia mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. 

DIRI SENDIRI. 

KEBURUKKAN SIFAT BAKHIL PADA DIRI SENDIRI. 
Dibenci Allah. Kebencian Allah adalah sebab kepada kesempitan dan kesusahan. Sifat bakhil bukan sifat mukmin dan menafikan kesempurnaan iman. Menampilkan suatu kebodohan. Tabiat manusia berasa benci dan jijik kepada orang bakhil dan kikir. Ini adalah bukti semula jadi kejinya sifat bakhil. Oleh itu, orang yang sanggup bersifat bakhil adalah suatu kebodohan. Orang bakhil akan dikeji manusia, terutama di kalangan ahli ilmu dan mereka yang berakhlak mulia. Bahkan orang bakhil juga tidak disukai di kalangan mereka sendiri. Dengan memerhatikan keadaan dan kehidupan orang bakhil, dapat disimpulkan yang sifat itu tiada kebaikannya. Cuma ada yang ada hanya keburukan, kedukaan dan kesusahan yang mengakhiri hidupnya. 

RAWATAN AMALI MERAWAT SIFAT BAKHIL ATAU KIKIR. 

Supaya rawatan itu benar-benar berkesan maka rawatan ilmu itu hendaklah disusuli dengan rawatan amali. Di antara rawatan amali yang boleh disimpulkan:

Pertama : Membiasakan bergaul dengan golongan fakir yang memdakwa dan menjauhkan diri dari golongan kaya lebih-lebih lagi yang jauh dari batasan agama, cara ini biasanya boleh mendekatkan diri kepada Allah. 

Kedua :Apabila kita mengetahui kebaikan sifat pemurah dan keburukan sifat bakhil, hendaklah segera melakukan sifat pemurah sebelum di sanggah oleh syaitan. 

Ketiga : Membiasakan diri dengan sifat pemurah secara beransur-ansur sehingga ianya menjadi satu kebiasaan atau tabiat dalam diri kita seperti selalu bersedekah. 

Keempat :Kita boleh menggunakan tipu helah dalam menangani penyakit bakhil, sebagai contohnya kita boleh bersedekah dengan ada perasaan riak, apabila bersedekah itu sudah menjadi takbiat dalam diri kita maka perlahan-lahanlah kita menghakis perasaan riak tersebut dengan memikirkan kebaikkan-kebaikkan yang di janjikan Allah Subhanahu wa ta’ala. kepada orang yang bersifat pemurah. 

Kelima : Jika ditaufikkan Allah Subhanahu wa ta’ala. akan ditemukan dengan seorang guru yang boleh memimpin dalam menjalani rawatan penyakit hati ini, sehingga dapat di buang sifat bakhil dihatinya. 

PENUTUP
Dari perbincangan di atas dapat difahami bakhil atau kikir adalah satu perbuatan yang amat dikeji oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kerana perbuatan ini bleh mejatuhkan maruah kita sebagai orang Islam. Di samping itu, sifat ini juga ditentang oleh masyarakat sendiri.. sifat bakhil yang dapat dihuraikan dari petikan di atas ialah sifat yang terlalu angkuh dalam memberi sesuatu sumbangan contohnya sedekah, membayar zakat, dan sebagainyASelain itu, sifat bakhil amat di benci oleh Allah disamping itu juga seseorang yang bakhil sebenarnya telah menutup pintu rezeki mereka sendiri. Hal ini adalah kerana sifat bakhil adalah berlawanan dengan sifat pemurahitu sendiri, yang mana seseorang yang pemurah disayangi oleh Allah dan pintu rezeki mereka sangat dimurahkan olehNya. 

RUJUKAN. 
1. Fathuri Salehuddin. (2013). Mudahnya menjemput rezeki. Selangor: SKS Print
2. Ustaz. HJ. Shihabudin A. M. P. (2003). Kemusykilan agama dalam kehidupan harian. Kuala Lumpur: Jasmin Enterpaise. 
3. Muhammad At-Thahali Ar-Roawi. (2001). Rezeki halal dan haram. Kuala Lumpur: CRESCENT NEW (KL) SDN. BHD. 
4. Ali Akbar Osman. (1995). Mengapa perlu membayar zakat. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com