Tajuk: Kisah Dan Perjuangan Nabi Isa As

Pendahuluan

Kehamilan Maryam dimulai sejak Malaikat Jibril meniupkan sesuatu ke dalam perutnya. Maryam termenung memikikirkan apa yang hendak diperkatakan orang terhadap dirinya jika seorang wanita telah hamil dan melahirkan anak tanpa mempunyai suami. 

Oleh sebab Maryam memikirkan perkara yang sedemikian, Maryam berada dalam ketakutan dan menggigil bahkan mendorong dirinya lebih senang menyendiri, menyepi, dan mengelakkan daripada perbualan yang banyak. Maka, pergilah Maryam ke tempat yang terpencil unutk menyembunyikan diri daripada hal kehamilannya diketahui oleh orang ramai. Pada saat kelahiran, Maryam berasa sangat sakit sehingga dia terpaksa menghampiri pohon kurma untuk sembunyi dan menyandar. Pada saat itu dia menyedari bahawa aibnya akan diketahui oleh orang ramai. Ia membuatkan Maryam termenung dan berkhayal. Pada saat yang kritikal itu, datanglah kasih saying dan pertolongan daripada Allah. Terdengar suara Jibril memanggil dari tempat yang tidak jauh di tempat yang lebih rendah dari kedudukannya. Jibril menenangkan hati Maryam dengan menyatakan bahawa Allah akan sentiasa memberikannya rezeki padanya. Ia cukup menggoyangkan pohon kurma yang disandarnya nescaya akan terjatuh buah-buah yang sudah masak. Jibril menasihati Maryam bahawa jika sesuatu saat berhadapan dengan orang yang mencela atau menanyakan tentang kehamilan maka tak perlu untuk menjawabnya. 

Sifat dan watak Nabi Isa AS
Allah berfirman yang membawa maksud: “Al-Masih putera Maryam hanyalah seorang rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa Rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar. ” (Al-Maidah:75)

Sesetengah mengatakan bahawa Nabi Isa AS dinamakan Al-Masih kerana kerap melakukan penjelajahan, beliau sering melakukan musafir, hidup berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain demi menjaga dan memelihara agamanya daripada berlakunya fitnah yg dilanda di negerinya itu. Ini disebabkan kaum yahudi sangat mendustai nabi isa AS, mengejeknya dan mentertawakannya, begitu juga terhadap ibunya. Di samping itu, ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Nabi Isa AS digelar dengan nama Al-masih kerana kesucian kedua belah kaki nya. 

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman yang membawa maksud: “Dan kami iringkan jejak mereka(nabi-nabi bani israil) dengan isa putera Maryam, membenarkan kitab yang sebelumnya, iaitu Taurat. Dan kami telah memberikan kepadanya kitab Injil sedang di dalamnya ada petunjuk dan cahaya yang menerangi, dan membenarkan kitab yang sebelumnya iaitu kitab Taurat. Dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa” (Al-Maidah:46) Serta firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang membawa maksud: “Dan kami telah memberikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada Isa putera Maryam dan kami memperkuatkannya dengan Ruhul Qudus. ” (Al-Baqarah:87)

Ayat-ayat yang menerangkan tentang masalah tersebut sangat banyak. Masalah ini juga telah disebut dalam sebuah hadis yang sahih di dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim: “Tidak ada seorang anak yang dilahirkan, melainkan syaitan tentu menonjok lambungnya pada saat anak itu itu dilahirkan, sehingga anak itu menjerit seraya menangis, kecuali Maryam dan PuteranyASyaitan memang menonjoknya, tetapi terhalan hijab. ” (HR. Bukhari dan Muslim) 

Imam Ahmad pula meriwayatkan dari Affan, Hammam, Qatadah, Abdul Rahman, dari Abu Hurairah, hadis yang sepertinya. Dia berkata ‘Isa tinggal di dunia selama empat puluh tahun. Kemudian dia meninggal dan disembahyangkan serta dikebumikan oleh kaum muslimim. ’ 

Abu Daud juga meriwatakan, dari Soleh Maula Abu Hurairah, sesungguhnyaRasulullah s. aw bersabda ‘Isa tinggal di dunia selama empat puluh tahun. ’ Sedangkan mengenai penjelasan tentang turunnya Isa AS di akhir zaman dijelaskan di dalam kitab Malahim, sebagaimana halnya juga kami telah menghuraikannya di dalam tafsir (ibnu Katsir), pada friman Allah surah An-Nisa’ yang membawa maksud: “Tidak ada seseorang pundari ahli kitab, kecuali akan beriman kepadanya(Isa) sebelum kematiannya Dan pada hari kiamat nanti Isa akan menjadi saksi terhadap mereka. ” (An-Nisa’:159) 

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman yang membawa maksud: “Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Oleh itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutlah aku Inilah jalan yang lurus. ” (Az-Zuhruf:61) 

Sesungguhnya Nabi Isa AS turun di atas menara masjid putih (‘alal manarah al-baidha’) di Damaskus, pada saat akan dilaksanakannya solat subuh maka seorang imam kaum muslimin berkata kepadanya:”Anda sila maju ke depan menjadi imam, wahai Ruhullah(Isa AS)” Dia menjawab “Tidak, sebahagian kamu ke atas sebahagian yang lain adalah sebagai pemimpin. Dia rasa tidak layak untuk menjadi imam kerana Allah telah memuliaknan umat zaman sekarang iaitu umat Muhammad. Ada yang menyatakan, dia berkata “olat ini didirikan bagi anda, maka dia solat di belakang sebagai makmum. Selepas selasai dia solat, dia naik kenderaan, diikuti oleh kaum muslimin untuk mencari Al-Masih ad-dajjal. Akhirnya dia menemui Dajja di pintu gerbang lalu terjadilah pertengkaran yang sengit dan beliau Berjaya membunuh dajjal dngn tangannya yang mulia. 

Telah kami jelaskan bahawa nabi Isa mempunyai keinginan yang sangat kuat ketika menara timur damaskus itu didirikan, iaitu dari batu pualam putih. Dari situlah Isa putera Maryam AS turun, lalu dia membunuh babi, mematahkan dan menghancurkan salib dan dia tidak menerima seorang pun kecualiorang Islam Selanjutnya dia menunaikan ibadah haji dan umrah ke makkah. Dia sempat tinggal di dunia selama empat puluh tahun, lalu wafat. Menurut satu pendapat diadimakamkan di batu kenabian (al-hijarah an-nubuwwah) di sisi makam nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan kedua sahabat beliau, Abu Bakar dan Umar 

Pengangkutan Nabi Isa AS ke langit dalam penjagaan Allah dan pembohongan kaum yahudi dan Nasrani tentang penyaliban Nabi Isa AS 

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman yang membawa maksud: “orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya, ingatlah ketika Allah berfirman, “wahai Isa, sesungguhnya aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepadaku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikut kamu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya kepada akulah kembalimu lalu. Aku memutuskan di antaramu tentang perkara-perkara yang selalu kamu berselisih padanya. ” (Ali Imran; 54-55) 

Dan Allah berfirman yang berbunyi: “maka kami lakukan terhadap mereka beberapa tindakan disebabkan mereka melanggar perjanjian itu dan kerana kekafiran mereka terhadap keterangan-keterangan Allah dan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar dan mengatakan, “hati kami tertutup. ” Bahkansebenarnya Allahtelah mengunci mata hati mereka kerana kekafirannya. Kerana itu mereka tidak beriman kecuali sebahagian kecil daripada mereka. Dan kerana kekafiran mereka terhadap isa dan tuduhan mereka terhadap Maryam dengan kedustaan besar iaitu zina, dan kerana ucapan mereka, sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya tetapi yang mereka bunuh adalah orang disamakan dengan nabi isa bagi merekASesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang pembunuhan nabi isa benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siap yang dibunuh itu kecuali mengikut persangkaan sahaja. Mereka tidak pula yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah isa tetapi yang sebenarnya Allah telah mengangkat nabi isa kepadanya dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Tidak ada seorang pun ahli kitab, kecuali akan beriman kepadanya sebelum kematiannya. Dan pada hari kiamat isa itu akan menjadi saksi kepada mereka. ” (An-nisa’155-159) 

Allah Subhanahu wa ta’ala telah menceritakan bahawa isa telah diangkatnya ke langit. Allah mewafatkan Nabi Isa AS semasa nabi isa sedang tidur berdasarkan daripada pendapat yang sahih. Allah menyelamatkan Nabi Isa daripada ancaman-ancaman Yahudi yang ingin menyakiti Nabi Isa dan yang telah memburukan Nabi Isa di hadapan raja. 

Hassan Basri dan Muhammad Bin Ishaq berkata bahawa orang yang ditugaskan dan diperintahkan untuk membunuh dan menyalibkan nabi isa itu bernama Daud Bin Naura. Mereka melakukan pengepungan terhadap isa yang berada di dalam sebuah rumah berdekatan dengan baitul maqdis. Pengepungan itu terjadi pada petang jumaat malam sabtu. Tiba saatnya mereka menyerang lalu mereka mencerobohi memasuki rumah Nabi Isa. Allah membantu Nabi isa dengan menggantikan tempat Nabi Isa dengan digantikan sahabat yang bersama dengan nabi Isa semasa pengepungan tersebut sementara Allah mengangkat Nabi Isa ke Langit sambil disaksikan oleh beberapa sahabat yang berada bersama nabi isa. 

Ketika orang-orang yang mengepung Nabi Isadan mendapati pemuda yang serupa dngn wajah Nabi Isa di dalam rumah, lalu mereka menangkapnya kerana mereka menganggap bahawa dialah nabi isa. Kemudian mereka menyalib pemuda itu dan menacapkan duri di kepalanya sebagai bentuk penghinaan kepadanya. 

Kemudian kaum Yahudi menyampaikan berita pembohongan kepada kaum nasrani secara umum yang tidak melihat peristiwa yang terjadi pada nabi isa yang telah disalibkan oleh mereka. Berita itu sangat palsu dan membuatkan kaum Nasrani mempercayainya. 

Allah Subhanahu wa ta’ala mengkhabarkan melalui firmannya yang membawa maksud: “Tidak ada seorangpun dari ahli kitab, kecuali akan beriman kepadanya(isa) sebelum kematiannya. (An-Nisa’:159) 

Maksudnya bahawa setelah turunnya Nabi Isa ke bumi pada akhir zaman sebelum terjadinya hari kiamat. Dia akan diturunkan ke bumi. Dia membasmi babi, mematahkan salib, dan tidak menerima hujah lain kecuali hadis ketika mentafsir ayat dalam surah an-nisa’. Kami juga akan membahaskan kitab al-fitan wal-malahim yang menjelaskan turunnya dajjal dan menjelaskan mengenai turunnya nabi Isa AS atas perintah Allah Subhanahu wa ta’ala untuk membunuh dajjal, si pembohong yang menyeru kepada kesesatan. 

Selanjutnya datang orang-orang yahudi yang mencari Nabi Isa lalu mereka menangkap orang yang disamakan wajahnya dengan nabi isa. Mereka membunuh dan menyalibnya. Akhirnya dua belas orang pengikut isa asalnya bersama-sama dengan nabi isa di dalam rumah itu menjadi kafir kepadanya. Mengenai masalah ini terdapat tiga kumpulan iaitu: 

Kumpulan pertama menyatakan: Dahulu Allah berada dengan kita, kemudian sekarang dia diangkat ke langit. Mereka ini juga dikenaali sebagai Ya’qubiah. 

Kedua:”Asalnya putera Allah berada di tengah-tengah kita, Kemudian Allah mengangkat menuju kepadanya. Mereka ini digelar sebagai kumpulan Sathuriyah. ” 

Ketiga: Kumpulan kita yang berkeyakinan bahawa Isa ialah seorang hamba dan Rasul Allah atas kehendak Allah, kemudian dia diangkat ke hadratnya. Mereka ini adalah kaum muslimin 

Selanjutnya kedua-dua kumpulan yang kafir itu melakukan persekongkolan dengan tujuan untuk membasmi dan menghancurkan kaum muslim sehingga Allah mengutuskan Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. 

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang membawa maksud:“wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong agama Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia. ’Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk menegakkan agama Allah?’ Pengikut-pengikut yang setia itu berkata, ‘Kamilah penolong agama Allah’, lalu segolongan dari bani israil beriman dan segolongan yang lain kafir, maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. ” 

Sedang Ibnu Jarir meriwayatkannya dari Muslim Bin Junadah, dari Abi Mu’awiyah. Demikian, sebagaiman yang disebutkan oleh tidak hanya seorang dari ulama salaf. Di antara mereka yang menyoalkan hal ini secara panjang lebar ialah Muhammad Bin ishaq Bin Bisyar, dia berkata bahawa Isa sentiasa berdoa agar ajalnya ditunda yakni dipanjangkan umur supaya dia boleh menyebarkan risalah dan dakwahnya sehingga ramai manusia yang memeluk agama Allah iaitu Agama Islam. 

Kesesatan Bani Israil 
Bani Israil menyeleweng dari jalan yang benar iaitu ajaran Nabi Isa dan menerjang batas ketentuan Allah. Mereka tenggelam dalam mengumpul harta dan tak membezakan antara yang halal dan haram. Disebabkan itu, Allah mengharamkan sebahagian besar harta benda yang baik-baik, walaupun sebelumnya dihalalkan bagi mereka. 

Allah berrfirman dalam Al-Quran:“Maka disebabkan kezaliman orang-orang yahudi. Kami haramkan atas mereka makanan-makanan yang baik yang pernah dihalalkan oleh Allah dahulu, dan kerana mereka banyak menghalangi manusia dari jalan Allah dan disebabkan mereka memakan riba padahal ia telah dilarang dan kerana mereka memakan harta orangdengan cara yang batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih” (An-nisa; 160-161) 

Mukjizat Nabi Isa AS 
Disebabkan kedatangan nabi Isa menyebabkan tokoh-tokoh agama pada zaman nabi isa berasa terancam kerana mereka takut dengan kedatangan nabi Isa akan mengutuk perbuatan-perbuatan keji mereka dan menentang mereka yang sudah dihanyut oleh hawa nafsu dan digodai oleh perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di dunia ini. Nabi Isa telah cuba menyingkap rahsia-rahsia mereka dan menyebarkan kepada masyarakat-masyarakat yang ada pada ketika itu. 

Kemudian tokoh-tokoh agama yang telah digodai oleh hawa nafsu telah melakukan satu persepakatan untuk mengalahkan dan menundukkan nabi isa dengan menolak segala kebenaran yang dibawa oleh Nabi Isa. Mereka meminta sesuatu yang boleh mendukung kebenaran risalah yang dibawa oleh nabi Isa AS lalu Allah menurunkan mukjizat yang jelas mendukung kebenaran risalah Nabi Isa AS. Antaranya ialah Isa membuat mainan burung dari tanah liat. Kemudian burung itu ditiup sehingga menjadi burung yang sebenar dengan izin Allah. Selain itu, Nabi Isa menyembuhkan seseorang yang buta sehingga dia dapat melihat dan menghidupkan orang yang mati dengan cara memanggil dan mengusapnya dengan izin Allah 

Inilah perkataan Isa yang disebutkan oleh Allah “Dan sebagai Rasul kepada bani israil, Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa suatu tanda mukjizat dari tuhanmu, iaitu aku membuat untuk kamu dari tanah sebagai bentuk burung kemudian aku meniupnya maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak dan aku menhidupkan orang yang mati dengan seizin Allah, dan aku memberitahu kepadamu apa yang kamu makan dan kamu simpan di rumah kamu, sesungguhnya demikian adalah satu tanda kebenaran kerasulanku bagimu jika kamu sungguh beriman. Dan aku datang kepadamu membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan aku menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu dan aku datang padamu dengan membawa satu mukjizat dari tuhan mu. Oleh disebabkan itu bertakwalah kepada Allah dan taatkanlah kepadaku. ” (Ali Imran; 49-50) 

Penutup 
Dengan ini saya Muhammad Aiman Bin Amirruddin berasa amat bersyukur kerana dengan limpah berkat daripada Allah Subhanahu wa ta’ala saya dapat menyiapkan kerja kursus yang ditugaskan kepada saya dengan tajuk kisah dan perjuangan Nabi Isa AS. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Anisah Binti Hussain dan Amirruddin Bin Noor kerana telah memberi didikan dan sokongan dari segi fizikal dan mental untuk menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan ini. Saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang turut membantu bagi menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan. 

Kisah Nabi Isa AS dapat memberi manfaat kepada kita yang masih muda untuk meneruskan usaha kita unutk menyebarkan agama Allah Subhanahu wa ta’ala kepada orang ramai. Nabi Isa tidak pernah mengaku kalah bagi menyebarkan dakwahnya kepada orang ramai walaupun Nabi Isa diancam oleh orang-orang kafir. Kita perlulah mencontohi sikap dan perbuatan yang ditunjukkan oleh Nabi Isa bagi menyebarkan dakwah di dunia yang semakin moden ini. 

Sikap dan ketabahan Maryam untuk melahirkan Nabi Isa juga boleh dijadikan sebagai contoh teladan yang baik kerana Maryam sangat tabah ketika Malaikat meniupkan sesuatu bagi menghamilkan Maryam walaupun Maryam belum bersuami. Maryam berusaha mencari tempat persembunyian di tempat yang tersorok kerana takut hal tersebut diketahui oleh orang ramai dan takut hal sedemikian dapat menimbulkan fitnah di kalangan orang ramai. 

Rujukan
1. Al-Hafiz, Y. D. (2003). Kisah Para Nabi Teladan Bagi Orang Yang Berakal. Darul Fajar Sdn. Bhd. 
2. Dr Afif Abdullah. (1989). Nabi-Nabi Dalam Al-Qur’an, Klang Book Centre
3. Dr. Ahmad Hatta. M (2010). Tafsiran Al Quran Per Kata, Maghfirah Pustaka Al-Madani Enterprise
4. Mazaya. A (2012), Nabi Dan Rasul Dalam Al-Quran, Al-Hidayah Publication
5. Qishashul Anbiyaa’ Ibratun Li-Ulil Albaab (2000). Kisah Para Nabi Teladan Bagi Orang Yang Berakal. Johor. Perniagaan Jahabersa. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com